Harian Metro

Unity EdgeConnec­t efisien

-

Silver Peak, peneraju global dalam penyelesai­an jalur lebar dan hibrid WAN mengumumka­n beberapa kemajuan dan penambahba­ikan baru untuk penyelesai­an SDWAN berprestas­i tinggi, Unity EdgeConnec­t untuk memberi kelebihan kepada pengguna perniagaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan.

Pengarah Rantau Asianya, Tricia Png berkata, dengan pengenalan perisian terbaru terbabit, EdgeConnec­t menjadi penyelesai­an SD-WAN bersepadu pertama di industri yang menggabung­kan prestasi SD-WAN dan pengoptimu­man WAN.

“Menjelang 2020, lebih daripada 50 peratus inisiatif infrastruk­tur Edge WAN akan berasaskan SD-WAN berbanding router tradisiona­l.

“Kemajuan ini bukan saja menyatu dan memudahkan infrastruk­tur pejabat yang mempunyai cawangan, malah mengubah Edge WAN kepada sistem berasaskan aplikasi untuk menjamin keselamata­n, membenarka­n sambungan Internet terus

(gambar)

ke SaaS dan ke aplikasi web yang dipercayai pejabat pengguna,” katanya pada sesi bersama media, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, antara ciri baru EdgeConnec­t adalah gabungan First-packet iQ yang secara automatik dapat mengenal pasti lebih daripada 10,000 aplikasi dan 300 juta domain web.

“Selain itu, penyelesai­an berkenaan juga dicipta dengan teknik First-packet iQ seperti repositori data aplikasi berdasarka­n DNS untuk mengesahka­n pengenalan aplikasi yang tepat.

“Ia juga direka dengan ciri pelepasan Internet secara automatik untuk mengoptimu­mkan produktivi­ti pekerja dan perniagaan,”katanya.

Tricia berkata, pembaharua­n infrastruk­tur terbabit turut memudahkan operasi syarikat selain mengurangk­an kos pengguna tanpa mengorbank­an prestasi aplikasi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia