Harian Metro

Shopee peroleh 40 juta pindah turun

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Sasar ubah cara pengguna beli-belah

Laman e-dagang, Shopee mahu menukar tabiat belibelah pengguna terutama di kawasan bandar dengan menawarkan pelbagai produk dari kategori fesyen, gajet, permainan, kanakkanak dan bayi serta perkakasan rumah.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata syarikatny­a menawarkan perkhidmat­an yang selamat dan mudah guna.

“Kami kini mempunyai lebih 40 juta pindah turun aplikasi dengan lebih 100 juta senarai barangan di tujuh pasaran dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Shopee berjaya memperoleh USD3 bilion Nilai Dagangan Kasar (GMV) di rantau ini dalam tempoh separuh tahun pertama 2017.

Pertumbuha­n pesat Shopee turut disumbang usaha sama erat dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, Unilever, L’Oreal, Oppo dan Huawei.

“Di Malaysia, Shopee berkembang sebagai sebuah organisasi kukuh yang mempunyai lebih 200 kakitangan,” katanya.

Beliau berkata, Shopee Malaysia mencatatka­n lebih tiga juta pindah turun menjadikan­nya salah satu platform e-dagang terpesat perkembang­annya.

“Shopee amat komited membantu usahawan tempatan berjaya dalam bidang e-dagang tanpa sebarang kos,” katanya.

Pada separuh pertama tahun ini, Shopee mencatatka­n nilai barangan dagangan kasar tahunan (GMV) lebih USD3 bilion di seluruh rantau ini.

 ??  ?? IAN Ho
IAN Ho

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia