Harian Metro

Geng ‘Kaki Daki’

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Aktiviti fizikal seperti mendaki semakin menjadi trend bagi anak muda masa kini. Selain dapat mengamal gaya hidup sihat, Generasi Y turut berpeluang menghayati pemandanga­n indah flora dan fauna di sekitar kawasan pendakian serta merakam gambar menarik.

Namun, tidak ramai yang sedar dengan kewujudan geng ‘Kaki Daki’ yang bukan saja tertumpu pada mendaki, malah aktif dengan aktiviti fizikal lain seperti larian, memanjat, menyelam, mengembara, berkhemah dan berbasikal.

Komuniti yang dianggotai sekitar 70 ahli itu mula ditubuhkan pada 2014 hasil usaha tiga rakan iaitu Mohd Shukri Mohd Sallehudin, Hatta Harjono dan Mo Nazmi Ahmad.

Ahli aktif Kaki Daki Muhammad Faiz Zakaria, 26, berkata komuniti ini mula dikenali selepas salah seorang ahli bertemu dengan salah seorang pengasasny­a iaitu Mohd Shukri.

“Kaki Daki diperbahar­ui pada awal tahun lalu dan sejak itu ia semakin dikenali serta disertai lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang.

“Walaupun teras komuniti ini adalah mendaki, tapi kami turut aktif dengan aktiviti lain seperti memanjat kerana tidak semua gemar mendaki dan peminat aktiviti fizikal boleh berkumpul Ciptaan beg kertas (Biodegrada­ble Coir Bag) dari kulit buah kelapa tua ilham lima pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS) nyata menarik perhatian juri hingga melayakkan pasukan mereka muncul juara pertanding­an inovasi peringkat kebangsaan, Beyond Engineerin­g Innovation Challenge (BEGIN Challenge) 2017, baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan pasukan dianggotai Muhammad Haziq Nor Shaiddan, Ammar Haziq Ahmad Rizauddin, Syed Ahmad Fattahuddi­n Syed Abd Ghani , Daniel Hakim Zaidi bersama mentor mereka, Dr Raja Ariffin Raja Ghazilla membawa pulang wang tunai bernilai RM2,500 beserta pencetak tiga dimensi (3D) sumbangan

Mycro Engineerin­g Sdn Bhd dan sijil penyertaan.

Manakala, naib juara menjadi milik pasukan daripada Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu dengan produk minyak baja manakala tempat ketiga dimenangi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor menerusi inovasi ‘Mangoilste­en’.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,500 berserta pakej latihan pencetak 3D juga sijil penyertaan.

Pengarah BEGIN Challenge

2017 Choong Jin Shen berkata, pertanding­an itu mengangkat tema ‘Trash to Treasure’ dan membabitka­n pelajar tingkatan empat dan lima dari 30 sekolah berasrama penuh dan menengah harian sekitar Kuala Lumpur,

 ??  ?? KESEMUA pemenang bergambar kenangan usai majlis penyampaia­n hadiah.
KESEMUA pemenang bergambar kenangan usai majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia