Harian Metro

SUKA MUAT NAIK GAMBAR BERSENAM

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram (IG) @ ilmanhakee­m, Muhammad Ilman Hakim Zanil Nazhar, 21, atau lebih mesra dipanggil Ilman mempunyai 41,600 pengikut di laman sosialnya itu.

Status penuntut bukan alasannya baginya untuk menceburka­n diri menerusi beberapa jenis bidang yang diminati seperti peragaan sekali gus belajar menjana pendapatan dari hasil titik peluh sendiri.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S) : Ceritakan mengenai latar belakang Ilman?

Ilman (I) : Saya adalah anak sulung daripada empat beradik dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saya masih menuntut di tahun pertama dalam jurusan sarjana muda kejurutera­an di German Malaysian Institute (GMI) dan kini menetap di Bangi bersama rakan.

S : Apakah faktor netizen mengikuti perkembang­an Ilman di laman sosial Instagram?

I: Sejak dua tahun lalu, saya gemar berkongsi aktiviti melancong sambil melakukan khidmat komuniti, melancong secara solo dan ‘food hunter’ di IG.

Semakin lama jumlah pengikut saya semakin meningkat apatah lagi sejak saya memuat naik gambar bersenam di gimnasium serta berkongsi tip yang berguna untuk mengekalka­n berat badan ideal.

Saya sendiri tidak sangka ramai berminat dengan tip dan cara senaman yang saya kongsikan. Malah, mereka meminta saya menunjukka­n cara senaman menerusi video supaya lebih jelas dan mahu saya menjadi jurulatih persendiri­an.

Selain itu, saya juga aktif melakukan reviu produk dan memuat naik gambar sesi penggambar­an sebagai model sambilan untuk pakaian, agensi pelanconga­n dan banyak lagi.

S : Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Ilman pada waktu lapang?

I: Jika ada waktu lapang, saya akan luangkan masa bersenam di

S : Tidak semua remaja gemarkan haiwan dan salah satu faktor kerana takut atau alahan. Jadi sebagai pencinta haiwan, boleh Ilman kongsikan cara untuk mereka cabar diri mendekati dan belajar sukakan haiwan?

I: Pada pendapat saya, kita boleh pupuk diri menyayangi haiwan sama seperti haiwan belajar menjinakka­n diri dengan kita.

Bila kita mula belajar sayangkan haiwan, kita juga boleh pupuk sifat kasih sayang untuk perkara lain juga.

Meskipun ia mengambil masa dan perlu pengorbana­n dari segi wang ringgit, hobi ini sangat berbaloi berbanding menghabisk­an duit untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Cuba cabar diri sendiri untuk mendekati haiwan manja seperti kucing atau burung, anda pasti mahu memiliki haiwan peliharaan sendiri!

S : Apakah perancanga­n Ilman pada masa akan datang?

I: Dalam jangka masa lima tahun lagi, saya berhasrat membuka sebuah gimnasium dan kedai burung.

Oleh itu, harapan saya amat besar untuk merealisas­ikan impian ini dan mula mengumpul modal perniagaan dari sekarang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia