Harian Metro

Berat tidak naik, degupan jantung lemah

-

Kesihatan Muhammad Harrif Farrel bertambah baik selepas pembedahan tutup lubang di saluran injap jantung

DARI MUKA 15

“Itu pun saya dapat tahu selepas hampir tarikh bersalin. Selepas dilahirkan, anak kedua saya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 12 hari.

“Ketika itulah, pelbagai masalah kesihatan anak dikenal pasti antaranya sumbing, patent ductus arteriosus (PDA) iaitu terdapat saluran darah menghubung­kan aorta dan arteri pulmonari selain tumbesaran yang lambat.

“Berat badan anak tidak naik, degupan jantung juga lemah dan ada masalah sumbing, yang menyebabka­nnya sukar makan. Berbeza dengan kanakkanak lain yang sebaya dengannya, anak saya hanya boleh mula makan ketika usianya setahun setengah. Sebelum ini pernah juga saya cuba beri makan tapi kerap muntah selepas makan atau minum susu,” katanya.

Sejak anak keduanya itu lahir, dia dan suaminya yang bekerja sendiri, Mohd Hanif Dollah selalu berulangal­ik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatka­n pemeriksaa­n untuk mengenal pasti dan mencari rawatan bersesuaia­n dengan masalah anak lelakinya itu.

Pada akhir tahun lalu, pembedahan dilakukan bagi menutup lubang di saluran injap jantung dengan memasukkan sejenis alat khas melalui celah paha dan bersyukur kesihatan anaknya bertambah baik.

Ketika ditemu bual, Muhammad Harrif Farrel baru seminggu menjalani pembedahan memperbaik­i bahagian sumbing di mulutnya. Biarpun mulutnya masih kelihatan bengkak, setidaktid­aknya ia memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapanya apabila dia masih memiliki selera makan dan aktif selain mempunyai bentuk mulut yang lebih baik berbanding sebelum ini.

JAGA SEBAIK-BAIKNYA

Pemandu trak tunda, Mohamad Khairul Anuar Zahari, 36, mengakui pada mulanya agak sukar mengendali­kan anak istimewany­a, Mohamad Haikal Haziq, 9, lantaran hanya dia dan ibunya yang menjaga.

Jelas bapa tunggal ini lagi, cahaya mata sulungnya itu dilahirkan sebagai anak sindrom Down dan mempunyai masalah jantung.

“Sejak usia tiga bulan, saya dan emak menjaganya hinggakan saya perlu berhenti kerja bagi membesarka­n serta menguruska­n rawatan lanjutan di hospital dua kali sebulan.

“Enam bulan saya tidak bekerja kerana ketika anak berusia tiga bulan dia mengalami jangkitan kuman di paruparu yang menyebabka­n hati serta jantungnya bengkak.

“Anak saya sangat mudah demam dan selesema terutama jika terkena habuk selain ada alahan makanan terutama telur yang menyebabka­n kami perlu menjaganya dengan baik,” katanya.

Disebabkan tidak pandai membuang kahak hinggakan pernah keluar melalui telinga, ada ketikanya anak sulungnya itu perlu dibawa ke klinik.

“Anak saya mudah mesra dengan semua orang, namun dia juga suka protes. Dulu pernah menunjukka­n sikap yang pelik seperti suka jilat lantai, baling barang jika marah dan ketuk mulut hingga berdarah.

“Namun, sekarang semua perangai itu sudah tiada. Pernah juga ada yang mengatakan anak saya ‘tidak betul’ kerana tidak faham dengan masalah kesihatan dialaminya.

“Tidak lama lagi anak akan menjalani rawatan pembedahan bagi mengatasi masalah jantungnya pula,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media acara maraton amal tahunan, Orchid Run & Ride, barubaru ini.

BANTU PESAKIT KURANG MAMPU

Berlatarka­n semangat berkongsi kegembiraa­n dan keberkatan, Persatuan IsteriIste­ri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) meraikan sambutan hari raya dengan mengumumka­n acara maraton amal tahunannya tidak lama lagi.

Majlis sidang media berkenaan turut dihadiri penerima sumbangan, ahli keluarga dan wakil Unit Pediatrik Penyakit Jantung Kongenital (PCHC) Institut Jantung Negara (IJN) serta Institut Telinga Pendengara­n dan Pertuturan (IHears).

Presidenny­a Datin Dr Azura Ahmad Tajuddin berkata, acara amal tahunan itu dianjurkan bagi mempromosi gaya hidup sihat, memberi kesedaran terhadap penyakit tertentu

 ??  ?? NIK Nurfarizan (kanan) memangku
Muhammad Harrif Farrel bersama suami dan dua lagi anaknya.
NIK Nurfarizan (kanan) memangku Muhammad Harrif Farrel bersama suami dan dua lagi anaknya.
 ??  ?? MOHAMAD Khairul Anuar
MOHAMAD Khairul Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia