Harian Metro

Kembalikan nostalgia Zinger

-

Lupakan seketika cara lama menikmati burger bersama roti biasa dan kepingan daging, ayam atau ikan apabila KFC Malaysia kembali dengan hidangan burger Zinger Double Down.

Bagi penggemar hidangan burger, menu yang berkonsep luar biasa tanpa roti itu pastinya menjanjika­n pengalaman berbeza, mengenyang­kan dan membangkit selera.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia Ling Mee Jiuan berkata, ia adalah menu yang sinonim dengan jenama berkenaan dan pihaknya berbangga untuk mengembali­kan nostalgia kepada peminatnya.

“Kami berbangga mengembali­kan menu ini berdasarka­n permintaan peminat. Menu ini dinikmati dengan cara berbeza berbanding burger biasa.

“Menu lazat ini dibawakan khusus buat peminat tegar ayam dan pastinya kehadiran keju di dalamnya akan memberi kepuasan pada setiap gigitan,” katanya.

Menu burger berkenaan menggantik­an roti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai yang dia pit kepingan keju dan ayam rangup bersama sos Cheezy Mayo.

Ia boleh dinikmati bermula 13 Julai (selagi stok masih ada) secara ala carte atau dengan hidangan lengkap yang mengenyang­kan, kombo Zinger Double Down yang didatangka­n bersama KFC Crispier Fries serta minuman ringan berkarbona­t.

Burger berkenaan diperkenal­kan buat kali pertama di negara ini pada 2012 dan berjaya meraih perhatian ramai menerusi konsep uniknya sekali gus mencipta fenomena dalam kalangan penggemarn­ya.

 ??  ??
 ??  ?? ZINGER Double Down Combo yang didatangka­n bersama air berkarbona­t
dan jejari kentang.
ZINGER Double Down Combo yang didatangka­n bersama air berkarbona­t dan jejari kentang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia