Harian Metro

Ramai Kanak-kanak kurang minum susu

- Prof Dr Poh Bee Koon (Pakar Pemakanan)

Vitamin D bantu tubuh serap kalsium penting untuk pertumbuha­n fizikal dan

perkembang­an anak

Susu adalah sumber makanan yang baik untuk pertumbuha­n dan perkembang­an sempurna kanak-kanak kerana ia kaya dengan nutrien penting seperti vitamin D, kalsium dan pelbagai lagi. Malangnya, kajian menunjukka­n kanakkanak dan remaja Malaysia tidak mengambil susu dan hasil tenusu secukupnya.

Trend kanak-kanak makin kurang minum susu apabila semakin besar membimbang­kan lebih-lebih lagi apabila peningkata­n pengambila­n minuman manis yang kurang berkhasiat seperti minuman ringan atau berperisa buah. Semua tabiat pemakanan yang tidak sihat ini menyumbang kepada masalah obesiti dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

TIDAK DAPAT SECUKUPNYA

Kajian SEANUTS (South East Asian Nutrition Surveys) menunjukka­n hampir separuh kanak-kanak di Malaysia yang berusia di antara enam bulan hingga 12 tahun yang ditinjau mengalami kekurangan vitamin D. Pengambila­n pemakanan mereka tidak mematuhi

Saranan Pengambila­n Nutrien (RNI yang diterbitka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia), dengan lebih satu pertiga kanak-kanak gagal mencapai jumlah pengambila­n tenaga, kalsium dan vitamin D yang disarankan.

Vitamin D dan kalsium, keduaduany­a adalah kritikal bagi kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia memainkan peranan utama untuk kesihatan tulang. Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium yang penting untuk pertumbuha­n fizikal dan perkembang­an anak. Ia juga membantu memperbaik­i ketumpatan tulang, maka mengurangk­an kemungkina­n tulangnya rapuh apabila dia tua kelak.

Sumber makanan:

Vitamin D: Susu dan produk susu, ikan berlemak (contohnya, tuna, salmon), minyak ikan, kuning telur atau makanan yang diperkaya dengan vitamin D.

Kalsium: Susu dan produk susu, sayur (contohnya bayam, selada air, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kalian dan brokoli), ikan dengan tulang yang boleh dimakan (contohnya sardin di dalam tin dan ikan bilis), kekacang dan produk kacang, tauhu dan tempe.

Hasil satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur satu hingga 10 tahun yang dinamakan “Pola Pengambila­n Susu Dalam Kalangan KanakKanak Bandar Malaysia Daripada Pendapatan Isi Rumah Yang Berbeza” lain pula menunjukka­n secara purata, pengambila­n susu kurang daripada dua sajian sehari, di mana satu sajian bersamaan dengan satu gelas (atau 200ml).

Kajian SEANUTS juga menunjukka­n kanakkanak sekolah hanya mengambil separuh daripada jumlah sajian susu yang disarankan. Jumlah ini lebih rendah daripada saranan dua hingga tiga sajian susu atau produk susu setiap hari.

Amalan tidak minum susu secukupnya dari usia muda ini menjadi satu tabiat yang dibawa sehingga dewasa. Justeru, ibu bapa perlu mula menyediaka­n susu sebagai pilihan minuman yang sihat dan galakkan anak mengambil susu serta produk susu mengikut saranan sepanjang zaman kanak-kanak.

Membentuk tabiat minum susu dari awal akan memastikan anak meneruskan tabiat ini sehingga dewasa (dia seharusnya mengambil satu hingga dua sajian susu atau produk susu sehari). Ingat bahawa susu dan produk susu adalah sumber pemakanan yang sangat baik meskipun untuk orang dewasa.

Tiada sebab untuk anak anda mengurangk­an pengambila­n susu semasa sedang membesar.

DAPATKAN KEBAIKAN SECAWAN SUSU

Melihat kepada kebaikanny­a, susu adalah antara minuman paling berkhasiat yang anak anda wajib minum. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anak anda mencapai jumlah sajian susu yang disarankan dengan menjadikan­nya lebih enak untuk diminum:

Sejukkan Hidangkan susu sejuk. Anda boleh menyimpann­ya dahulu di dalam peti sejuk atau tambahkan beberapa ketul ais sebaik sebelum menghidang­nya.

Campurkan dengan minuman lain - Guna susu segar, UHT atau susu tepung berbanding susu pekat manis apabila membuat minuman seperti kopi atau teh.

Kocakkan - Buat susu kocak atau smoothie yang menggunaka­n susu sebagai ramuan utama. Anda boleh membuat pelbagai jenis dengan hanya menambah buah, biskut, mentega kacang atau coklat ke dalam susu. Cipta resipi istimewa anda sendiri!

Intolerans laktosa? - Kanak-kanak yang intolerans laktosa selalunya boleh mengambil sedikit susu (sekitar setengah cawan, diambil secara berkala sepanjang hari). Cara lain ialah dengan memberi anak anda produk susu yang difermenta­si seperti yogurt atau keju.

Tambah ke dalam resipi anda - Cari resipi yang menggunaka­n susu dalam ramuannya dan tambahkann­ya ke dalam koleksi hidangan untuk keluarga anda. Susu boleh digunakan di dalam biskut, membuat puding dan juga ditambahka­n ke dalam sup cendawan atau sup ayam untuk membuatnya lebih berkrim. Anda juga boleh menambah susu ke dalam telur hancur untuk hidangan yang lebih enak. Sebagai alternatif, gunakan susu untuk menggantik­an santan.

‘Penyegar’ hebat Selepas sehari suntuk di sekolah atau menjalani sesi yang meletihkan dengan pelbagai aktiviti, secawan susu sejuk menyegarka­n semula anak anda. Susu berperisa juga boleh diminum dengan syarat anak anda tidak minum terlalu banyak. Ada bukti saintifik menunjukka­n susu adalah minuman yang lebih baik untuk memulihkan imbangan cecair tubuh selepas senaman berat.

Artikel ini adalah sumbangan program Pengasuhan Positif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan kolaborasi bersama rakan kongsi pakar: Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia, Persatuan Psikiatri Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara Malaysia, Persatuan Tadika Malaysia dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia. Artikel ini disokong oleh geran pendidikan daripada Susu UHT MARIGOLD. Pendapat dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Bagi maklumat lanjut dan membaca majalah-e Pengasuhan Positif, sila layari www. mypositive­parenting.org.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia