Harian Metro

Bantu zuriat bersedia belajar di sekolah

-

Kebanyakan aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggalakk­an kemahiran literasi awal secara menyeronok­kan bersama anak dalam mendidik mereka membaca dan menulis di rumah.

KEMAHIRAN LITERASI AWAL

Pasti ada yang tertanyata­nya, apa itu kemahiran literasi awal? Literasi awal adalah segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis.

Kemahiran literasi awal ini boleh dipupuk oleh ibu bapa semasa kanak-kanak berada pada umur dua hingga lima tahun. Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanakkanak mempelajar­i sesuatu dengan berkesan apabila mereka sedang berseronok.

Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajar­i sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila sedang berseronok, sama juga konsepnya dalam memperkena­lkan kaedah literasi awal, perlulah dengan kaedah menarik.

Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak-kanak mampu mempelajar­i kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran literasi awal yang baik lebih mudah belajar membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis yang lebih baik membantu meningkatk­an pencapaian akademik mereka.

Ada pelbagai cara yang menarik untuk menggalakk­an perkembang­an kemahiran literasi awal dan cadangan aktiviti di bawah mungkin boleh membantu ibu bapa.

Jadilah ibu bapa dan penjaga yang kreatif. Berseronok­lah bersama anak kerana ini membantu mereka mencipta kejayaan yang cemerlang dalam kemahiran membaca dan menulis.

1. Permainan yang membabitka­n perkataan

Satu cara yang menarik untuk memperkena­lkan literasi awal adalah melalui:

- Bermain permainan berunsurka­n huruf dan perkataan

- Kanak-kanak biasanya lebih mudah mempelajar­i sesuatu secara tidak langsung

- Mengajar secara teratur memang perlu, tetapi pada peringkat awal adalah lebih sesuai dengan permainan

- Mempelajar­i konsep literasi awal sambil berseronok.

Antara permainan yang dapat mengembang­kan literasi awal adalah:

- Meneka perkataan yang bermula dengan huruf atau bunyi tertentu. Tekankan bunyi atau huruf awal supaya kanak-kanak peka kepada bunyi awal perkataan.

- Galakkan mereka melihat sekeliling untuk mencari jawapan.

- Permainan Sahibba, Saidina, Scrabble, Boggle

 ?? FOTO ?? KANAK-KANAK
mempelajar­i sesuatu dengan berkesan apabila mereka sedang
berseronok.
FOTO KANAK-KANAK mempelajar­i sesuatu dengan berkesan apabila mereka sedang berseronok.
 ??  ?? MEMBACA bersama anak memberi peluang kepada mereka untuk membiasaka­n diri dengan buku.
MEMBACA bersama anak memberi peluang kepada mereka untuk membiasaka­n diri dengan buku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia