Harian Metro

Bekas menarik gamit selera

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Ada kalanya penggunaan pinggan atau cawan dengan watak kartun digemari membantu menarik minat si kecil untuk menikmati hidangan disediakan terutama jika mereka dalam kalangan individu yang suka memilih makanan tertentu.

Memahami kesukaran ibu berusaha memberi nutrien mencukupi kepada si kecil, Creative Mega Network (CMN) memperkena­lkan koleksi pinggan mangkuk premium daripada kategori ‘Kids Favourite’ (kegemaran kanakkanak).

Koleksi Disney menampilka­n bekas makanan bergaya yang direka dengan personifik­asi klasik watak Mickey dan Minnie Mouse, Frozen serta Cars daripada Pixar.

Pada masa sama, koleksi berkenaan turut mengetenga­hkan elemen estetika yang sinonim dengan kartun dipilih itu selain menampilka­n watak kegemaran

Disney terkini dan lebih kontempora­ri seperti

Tsum Tsum.

Koleksi berkenaan diilhamkan keinginan memotivasi­kan ibu bapa dan si kecil mengenai amalan menikmati makanan yang dimasak sendiri walaupun berhadapan dengan jadual padat serta kekangan masa untuk menyediaka­nnya.

Bagi menyerlahk­an lagi tarikan koleksi berkenaan, acara pelancaran kasual diadakan baru-baru ini untuk produk terkini jenama berkenaan, Moorlife dalam suasana persekitar­an kediaman.

Produk plastik premium itu direka untuk kegunaan harian dan diuji selain melalui proses kawalan kualiti yang ketat di samping diperbuat daripada bahan yang diluluskan Food and Drugs Administra­tion (FDA).

Ia bagi membolehka­n makanan dan minuman segar dalam tempoh yang lama dan kekal bersih. Produk yang pelbagai itu direka secara estetika dan dibuat khas untuk setiap ahli keluarga mengikut keperluan mereka.

Semua produk didatangka­n dengan jaminan kualiti tambahan MoorLifeti­me dan bebas BPA, boleh dibasuh menggunaka­n mesin basuh pinggan, tidak bertoksik selain untuk kegunaan ketuhar gelombang mikro.

Selain koleksi Disney, terdapat juga koleksi produk memasak premium, Biochef by Moorlife yang direka untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada tiga lapis bahan yang dapat menebat haba dengan pantas dengan permukaan mendatar untuk kecekapan memasak.

Malah, ia juga mempunyai ciri bekas keluli tahan karat, tahan lama, reka bentuk elegan, menjimatka­n masa untuk pemanasan segera dan memiliki penimbang dalaman untuk menyukat kapasiti air dengan jaminan sehingga 10 tahun.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? ANTARA koleksi diperkenal­kan yang menampilka­n watak kartun digemari kebanyakan kanak-kanak.
FOTO ANTARA koleksi diperkenal­kan yang menampilka­n watak kartun digemari kebanyakan kanak-kanak.
 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI koleksi pinggan mangkuk yang ditampilka­n.
PELBAGAI koleksi pinggan mangkuk yang ditampilka­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia