Harian Metro

ALA ‘CIPUT’ JER...

 Gelagat orang ramai buat semakan Wang Tidak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

> Tidak berbaloi! Adakalanya kita tidak boleh terlalu percaya dengan berita yang tular di media sosial kerana kisah itu hanya indah khabar daripada rupa. Ini terbukti apabila ramai pemegang akaun bank yang hampa selepas semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) mendapati hanya beberapa ringgit atau tiada sesen pun wang boleh dituntut walaupun tular di Facebook kisah wanita membawa pulang RM14,000 selepas semakan itu, lapor Rizanizam Abdul Hamid

Ramai kecewasele­pas semakWang TidakDitun­tut

Ada yang puas hati dan gembira tapi lebih ramai yang kecewa kerana berharap memiliki ratusan atau ribuan ringgit namun selepas semakan dibuat jumlah yang ada tidak sampai RM30.

Malah, ada juga pulang dengan perasaan penuh hampa serta berasa tidak berbaloi kerana semakan mendapati tiada sesen pun wang yang boleh dituntut.

Itulah senario di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di tingkat 42 Menara Maybank, di sini, yang diserbu orang ramai sejak beberapa hari lalu untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Semuanya gara-gara tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Tinjauan Harian Metro sejak 9 pagi semalam mendapati orang ramai beratur panjang di ruang legar Menara Maybank bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di tingkat 42.

JANM hanya mengehadka­n 2,000 orang membuat semakan setiap hari, tetapi pemerhatia­n mendapati jumlah yang datang lebih sekali ganda iaitu tidak kurang 4,000 orang.

Bagaimanap­un, seorang kakitangan JANM yang bertugas di kaunter memberitah­u keadaan masih terkawal dan orang ramai mula beratur sejak jam 8.30 pagi.

Menurutnya, bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, pihaknya membahagik­an barisan kepada dua kumpulan iaitu untuk warga emas dan bukan warga emas.

“Sebenarnya, semakan boleh dibuat di pejabat JANM negeri di seluruh negara, tetapi mungkin ‘kuasa’ tular media sosial yang menyebut semakan hanya boleh dibuat di sini (tingkat 42 Menara Maybank) menyebabka­n orang ramai menyerbu pejabat kami,” katanya.

Untuk mengalami situasi sebenar dan memahami proses mendapatka­n WTD wartawan Harian Metro turut beratur sejak jam 9.50 pagi sebelum mengambil masa selama kira-kira 40 minit untuk tiba di kaunter pendaftara­n.

Nombor giliran yang diperoleh ialah 1378 dan nombor semasa adalah 1081. Seterusnya, pemilik nombor giliran sekali lagi diarahkan beratur untuk naik ke tingkat 42 bagi melakukan semakan.

Namun kami perlu menunggu giliran pemilik akaun yang terlebih awal naik ke tingkat 42 selesai membuat semakan bagi mengelakka­n kesesakan di aras itu.

“Maaf encik, sila tunggu sekejap di sini sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu kurangkan kesesakan di Bahagian WTD di tingkat 42.

“Hari ini, kami hanya hadkan 600 pemegang akaun bank sahaja untuk membuat semakan kerana semalam keadaan sesak kerana terlalu ramai yang ‘serbu’ pejabat kami walaupun semakan WTD bukanlah perkara baru diperkenal­kan,” katanya.

Selepas kira-kira 20 minit menunggu, barulah kami dibenarkan menaiki lif dan apabila tiba di tingkat 42 dan di situ kira-kira 100 orang sedang menunggu nombor dipanggil di ruang legar.

Tepat jam 11.45 pagi iaitu selepas hampir dua jam beratur dan menunggu giliran, baru tiba giliran wartawan Harian Metro untuk membuat semakan dan agak melucukan apabila jumlah WTD yang dimiliki tidak sampai RM30.

Maklum balas daripada orang ramai yang selesai membuat semakan menyaksika­n reaksi yang pelbagai. Ada yang tersenyum kerana mendapat rezeki ‘terpijak’ namun lebih ramai yang hampa kerana ‘durian runtuh’ diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Pekerja swasta, Aminudin Bakar, 52, berkata, dia gembira kerana memperoleh RM220.30 yang boleh digunakan untuk mengurangk­an beban perbelanja­an bulan ini.

“Kira berbaloi juga saya beratur dua jam sejak jam 10 pagi tadi, tetapi mungkin lebih baik sekiranya JANM dapat menyediaka­n cara semakan secara online (dalam talian) bagi memudahkan orang ramai.

“Selain memudahkan orang ramai, cara semakan online juga memudahkan JANM kerana mereka tidak perlu membuang masa menyemak nombor kad pengenalan setiap individu yang datang ke pejabat JANM,” katanya.

Pekerja penghantar barang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri, 39, berkata, dia datang semalam (kelmarin), tetapi tidak dapat membuat semakan WTD sebab petugas JANM beritahu angka giliran habis kerana mereka mengehadka­n hanya 2,000 orang sehari.

“Sebab itu, hari ini (semalam) saya datang lagi dengan harapan ada sikit duit tetapi hampa kerana cuma ada RM41.90 yang mungkin baki bank ketika kerja kilang 12 tahun dulu,” katanya.

Seorang lagi individu yang membuat semakan WTD yang enggan dikenali berkata, dia membuat semakan selepas terkejut melihat rakannya yang mempunyai baki belasan ringgit di dalam beberapa buah bank tidak aktif 10 tahun lalu mempunyai WTD RM700.

“Sebab itu, hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun berbaloi,” katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Datuk Zamimi Awang dilaporkan berkata, terdapat RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat.

Semakan WTD hanya boleh dibuat sendiri pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahka­n terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif.

Selepas semakan dibuat, pemilik WTD tidak akan menerima wang mereka serta-merta, sebaliknya perlu menunggu sehingga tiga bulan sebelum wang dimasukkan ke akaun bank terkini yang masih aktif.

FAKTA 4,000 orang serbu JANM untuk buat semakan Wang Tidak Dituntut

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai beratur untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) di JANM, tingkat 42 Menara Maybank, s emalam.
ORANG ramai beratur untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) di JANM, tingkat 42 Menara Maybank, s emalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia