Harian Metro

MASYHUR SEGENAP ALAM

- Mohd Hafizee Mohd Arop dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

 Lagu I Am Me nyanyian Vida didengar di 177 negara

FAKTA

Antara negara tertinggi dengar lagu selain Malaysia ialah Mesir, Singapura, Arab Saudi, Jordan, Brunei,

Indonesia

Bukan setakat menjadi viral di negara ini, malah lagu I Am Me nyanyian jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida turut mendapat perhatian di luar negara.

Lebih membanggak­an apabila lagu itu didengar di seluruh dunia dan 10 negara tertinggi yang mendengar lagu nyanyianny­a selain Malaysia ialah Mesir, Singapura, Arab Saudi, Jordan, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat, Palestin dan Iraq.

Vida ketika dihubungi berkata, perkara itu bukan sekadar omong kosong, malah terbukti apabila mencatat tontonan lebih 2.3 juta pelayar di YouTube selepas seminggu ia dimuat naik.

Katanya, jumlah pelayar yang mendengar lagu itu bukan saja dari negara ini dan menerusi semakan dilakukann­ya mendapati ia sudah didengar penduduk di 177 negara di dunia.

Vida berkata, harapannya untuk menembusi pasaran antarabang­sa mula menjadi kenyataan dan dia terkejut kerana lagu itu turut didengar penduduk di Timur Tengah.

“Kehadiran saya untuk memeriahka­n lagi industri muzik tanah air selepas menjadi penaja beberapa program hiburan. Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan lagu ini yang kini menjadi viral.

“Saya memang serius mahu menjadi seorang penghibur dan sambutan diterima ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air,” katanya.

Dalam pada itu, Vida juga tidak berkecil hati dengan kutukan dan kecaman segelintir pihak terhadap lagunya itu.

Vida berkata, sudah menjadi lumrah jika ada yang suka atau tidak berpuas hati, namun ia bukan halangan untuknya meneruskan minat terhadap dunia nyanyian.

“Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang.

Saya tiada masa untuk melayan segala kritikan negatif. Kalau nak ambil pusing kata-kata orang, saya takkan berada di sini.

“Saya percaya yang mengutuk itu sebenarnya sukakan lagu ini. Entah-entah dalam diam sama-sama menyanyi lagu I Am Me ,” katanya.

Menurut Vida, dia juga tidak kisah apabila ada segelintir masyarakat memperleke­h dan mempermain­kan lagu terbabit, termasuk menukar lirik asal kepada bahan jenaka seperti ‘ayam mi’ asalkan matlamat menjadikan lagu ini tular dan menjadi siulan tercapai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOMEN di ruangan lagu I Am Me nyanyian Datuk Vida yang menembusi pasaran antarabang­sa.
KOMEN di ruangan lagu I Am Me nyanyian Datuk Vida yang menembusi pasaran antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia