Harian Metro

HARTAWAN IKAN LAGA

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

Biarpun memiliki diploma dalam bidang kejurutera­an mekatronik dan komputer, Nur Amzar Kamarudin, 31, memilih mengusahak­an perniagaan membiak dan menjual ikan laga secara dalam talian kerana ia memberikan pulangan lumayan setiap bulan.

Pengiklana­n dan promosi dilakukan menerusi laman sosial terutama Facebook (FB) banyak membantu belia itu dalam memasarkan ikan laga diternak hingga menarik perhatian pelanggan dari luar negara.

Apa yang membanggak­an ikan laga dibiakkan usahawan muda itu juga dieksport ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Itali dan Singapura.

Katanya, pulangan ikan laga dieksport amat lumayan kerana dijual pada harga AS$150 (RM641) seekor, malah boleh melambung lebih tinggi jika corak semula jadi pada badan dan sirip ikan berkenaan menarik.

Menurutnya, antara jenis ikan laga paling mendapat permintaan ialah jenis

fancy cooper, marble, mustard gas, fancy orange base, fancy red base, fancy hellboy dan fancy yellow base.

“Di pasaran tempatan pula, ikan laga dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM500 seekor bergantung kepada corak pada badan dan siripnya.

“Semua ini bermula sebagai hobi sejak kecil lagi saya minat ikan laga, malah bapa kerap bawa saya ke sungai di kampung untuk mencari ikan laga dibawa yang pulang untuk dibela di rumah.

“Sejak 2015, saya serius dalam bidang ini kerana permintaan terhadap ikan laga sebagai ikan perhiasan di seluruh dunia semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Solok Bukit Baru, Duyong, di sini, kelmarin.

Menurutnya, menjaga ikan laga tidak sukar namun perlu kerap melakukan pemeriksaa­n bagi memastikan bacaan asid dalam air

(PH) sekitar 6.8 hingga 7.4.

“Kerana sifat ikan itu yang tahan lasak, ikan laga juga tidak memerlukan bantuan oksigen berbanding ikan hiasan lain yang dibela dalam akuarium,” katanya.

Nur Amzar berkata, sebelum ini dia pernah memiliki 2,000 ekor pelbagai jenis ikan laga namun sekarang jumlah itu menurun kepada 500 berikutan kebanyakan­nya sudah dijual. “Permintaan dari luar negara memang tinggi namun proses eksport terutama urusan membabitka­n kastam memang cerewet, banyak borang kena isi.

“Selain itu, penternak ikan laga tempatan juga perlu bersaing dengan pengusaha di Indonesia dan urusan eksport di negara itu juga tidak sesukar seperti di Malaysia,” katanya.

Bagi mendapatka­n benih terbaik, dia memilih induk jantan dan betina mempunyai corak dan sirip paling cantik untuk dikacukkan menerusi proses yang memakan masa sehari sahaja.

Menurutnya, dia menggunaka­n air rendaman daun pokok ketapang untuk dicampurka­n dalam akuarium bertujuan menaikkan lagi warna corak pada badan ikan laga.

 Lelaki buat bisnes dalam talian eksport ikan FAKTA Bacaan asid dalam

air (PH) perlu dipantau sekitar

6.8 hingga 7.4

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOI FANCY
KOI FANCY
 ??  ?? NUR Amzar memberikan makanan kepada ikan laganya.
NUR Amzar memberikan makanan kepada ikan laganya.
 ??  ?? MARBLE
MARBLE
 ??  ?? FANCY ORANGE BASE
FANCY ORANGE BASE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia