Harian Metro

TETAMU ALLAH

Enam bersaudara tunai haji Bakti kepada keluarga mentua

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

khirnya doa kami untuk menunaikan haji dimakbul oleh Allah. Sememangny­a dari dulu lagi kami bertiga sentiasa berdoa untuk mengerjaka­n haji bersama,” kata bekas pengawal keselamata­n sekolah, Ghazally Ahmad, 65, yang bersyukur berikutan permintaan­nya menunaikan haji bersama dua adiknya iaitu Hajah Rodiah Ahmad, 46, dan Siti Norlizan Ahmad, 43, dimakbulka­n Tuhan.

Selain mereka bertiga, tiga yang lain adalah isteri Ghazally, Asba Maslan, 61, suami Rodiah, Norazli Adnan, 47, dan suami Norlizan, Mohd Sazilli Mohd Ali, 45.

Mereka antara 1,190 jemaah haji kumpulan ketiga yang berlepas ke Tanah Suci semalam menaiki penerbanga­n Flynas dan tiba di Madinah pagi ini.

Ghazally berkata, dia dan dua adiknya mendaftar haji pada 2007 dan menunggu 10 tahun untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Tidak sangka, permintaan kami untuk menunaikan haji akhirnya dimakbulka­n Allah, ketika menerima surat tawaran tahun lalu saya terus melakukan sujud syukur.

“Lebih manis, dua adik yang mendaftar sekali turut menerima surat tawaran sama sebelum kami terus membuat persediaan lain,” katanya yang berasal dari Perak.

Ghazally yang bertongkat berikutan kemalangan jalan raya sebelum itu mengharapk­an segala perjalanan dan kesihatann­ya dipermudah­kan di Tanah Suci nanti.

“Kemalangan ini menyebabka­n kaki saya patah dan dimasukkan besi, sehingga sekarang saya memerlukan tongkat untuk berjalan manakala isteri diserang angin ahmar dua kali dan kini terpaksa berkerusi roda.

“Alhamdulil­lah, walaupun kesihatan kami suami isteri tidak berada di tahap terbaik, syukur ada adik dan adik ipar yang berangkat bersama akan membantu memudahkan urusan kami di sana nanti, semua ini adalah perancanga­n terbaik Allah untuk saya,” katanya.

Katanya, dia menggunaka­n duit simpanan selepas bekerja sebagai pengawal keselamata­n selama 29 tahun untuk membiayai perjalanan ke Tanah Suci.

“Ketika mendaftar 10 tahun lalu, saya membuat bayaran penuh untuk kami berdua kerana nekad untuk ke Tanah Suci walaupun terpaksa menunggu lama,” katanya.

Sementara itu, Siti Norlizan berkata, memang sudah terniat di hati mereka untuk menunaikan haji bersama dan tidak sangka permintaan itu dimakbulka­n Allah.

“Terima kasih juga kepada abang yang beria-ia mengajak kami berdua mendaftar sekali ketika pulang ke kampung, 10 tahun lalu. Jika tidak mungkin kami terpaksa menunggu lebih lama lagi.

“Walaupun abang dan isterinya uzur, kami tidak kesah untuk menjaganya, biarlah kami susah dan senang bersama-sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ASBA (kiri) dan Ghazally di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
ASBA (kiri) dan Ghazally di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia