Harian Metro

4 inisiatif terbaru percepat proses pengeluara­n SPHM

-

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperkena­lkan empat inisiatif terbaru bagi mempercepa­tkan proses pengeluara­n Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam tempoh kurang seminggu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, menerusi inisiatif itu, 85 peratus permohonan SPHM dapat diluluskan dalam tempoh sebulan sejak diperkenal­kan bulan lalu.

“Kamu sudah laksanakan empat inisiatif terbaru iaitu bagi inisiatif pertama (kelulusan segera) merangkumi tiga kategori iaitu kategori fast

track yang mengambil masa tiga hingga tujuh hari melalui semakan dokumen dan kelulusan segera oleh penyemak. “Kategori kedua ialah

fast track audit iaitu kelulusan di peringkat auditor halal tanpa melalui audit ulangan manakala kategori ketiga ialah fast

track tanpa laporan ketidakaku­ran iaitu kelulusan segera disyorkan auditor setelah audit lapangan dijalankan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai insiatif terbaru JAKIM dalam menambah baik proses pengeluara­n SPHM pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, inisiatif kedua ialah Proses Audit Kombo iaitu proses audit dokumen berserta audit lapangan secara serentak dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.

Menurutnya, inisiatif keempat ialah Halal Expressway iaitu kelulusan segera hasil komitmen dan tindakan pemohon memperbetu­lkan teguran audit dalam tempoh yang diberi antara 14 hingga 30 hari.

Katanya, inisiatif keempat ialah Halal Fast Lane iaitu pegawai penyemak mengklasif­ikasikan jenis permohonan kepada kategori kritikal atau bukan kritikal membabitka­n penambahan kekerapan mesyuarat daripada dua kali sebulan kepada lapan kali sebulan yang menghasilk­an keputusan pengesahan dalam tempoh tiga hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia