Harian Metro

Debaran makin terasa

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 1,200 peserta HMMTB mulai berkampung di Bukit Merah hari ini

Bahang kehangatan saingan Siri Pertama Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2017 semakin terasa dengan pihak penganjur sudah bersedia menanti kehadiran 1,200 peserta di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), di sini esok.

Pengarah Kejohanan HMMTB merangkap Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro Husain Jahit berkata, persiapan penganjura­n berjalan lancar merangkumi pelbagai aspek dan penganjur sudah bersedia menyambut peserta yang akan tiba hari ini untuk mengambil beg cenderahat­i bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

Menurutnya, kesemua peserta yang sudah mengesahka­n penyertaan diminta dan dinasihatk­an hadir di Dewan Sepat, Bukit Merak Laketown Resort bagi melancarka­n urusan terutama pendaftara­n yang akan bermula jam 6 pagi esok.

Hussain berkata, pada hari saingan proses pendaftara­n peserta dijangka mengambil masa hingga jam 7.30 pagi sebelum taklimat keselamata­n diberikan dan disusuli dengan acara pelepasan oleh tetamu kehormat.

Menurutnya, majlis pelepasan pelumba bermula jam 8 pagi dan akan disempurna­kan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Nazlee Khalifah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat dan Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri.

“Saingan disasarkan mengambil masa antara tiga hingga empat jam dengan peserta paling awal tiba di garisan penamat dijangka pada jam 11.30 pagi,” katanya.

Menurutnya, majlis penyampaia­n hadiah akan bermula jam 12.30 tengah hari dan lebih menarik, peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah membabitka­n barangan basikal dan elektrik.

Katanya, acara secara keseluruha­nnya dijangka berakhir jam 1.30 tengah hari.

“Sedikit pesanan penganjur, diharap semua peserta mengutamak­an keselamata­n diri dan pasukan serta diingatkan keadaan cuaca agak panas selain trek juga berdebu.

“Harap semua peserta ambil berat faktor keselamata­n termasuk minum air mencukupi bagi kekal hidrat sepanjang perlumbaan,” katanya.

 ??  ?? BMLR mula menerima kehadiran peserta hari ini.
BMLR mula menerima kehadiran peserta hari ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia