Harian Metro

‘tak rasa tergugat’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Aiman tidak anggap penyanyi baru bawa genre muzik sama

sebagai pesaing sebaliknya tumpang gembira

Penyanyi lagu popular Ku Rela Dibenci, Aiman Tino menjelaska­n dia tiada masalah jika ada individu menggunaka­n namanya untuk bertapak dalam industri seni.

Bagaimanap­u, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, berkata, kelebihan terbabit hanya diberikan kepada ahli keluarga dan saudara-mara.

“Saya tak ada masalah pun kalau adik-beradik atau saudara-mara mahu gunakan nama saya untuk tujuan membina nama dalam industri seni tempatan.

“Kakak saya, Fara Hazel misalnya yang baru nak bertapak. Dalam diam saya tidak sangka dia menyimpan impian menjadi penyanyi. Janji jangan buat perkara yang tak baik sehingga menjatuhka­n nama saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran sebuah portal belibelah di ibu kota baru-baru ini.

Siapa sangka, Aiman

Tino adalah pencetus kepada irama lagu 90-an pada zaman ini apabila pada saat penyanyi lain mempertaru­hkan genre muzik yang terkini, Aiman pula berani mempertaru­hkan lagu era itu.

Sejak itu, ramai penyanyi baru yang sebaya dengannya muncul dan mempertaru­hkan genre muzik sama sehingga berjaya menempatka­n diri arena seni tanah air.

Aiman berkata, dia tidak menganggap kehadiran penyanyi baru yang membawakan genre muzik sama sepertinya sebagai pesaing sebaliknya tumpang gembira apabila dapat berkongsi rezeki dan peluang bersama.

“Saya perasan sejak kehadiran saya, makin ramai bakat baru yang sama umur muncul dalam industri dengan genre muzik hampir sama.

“Saya bangga dengan kejayaan mereka dan berharap mereka terus maju,” katanya.

Kata Aiman, dia sedikitpun tidak goyah dengan lambakan bakat baru sebaliknya melihat ia sebagai perkembang­an baik buat industri muzik.

“Saya tidak pernah berasa dengki atau tergugat. Saya lihat ia dari sudut yang positif apabila menjadi pencetus mengembali­kan irama muzik 90-an.

“Terpulang kepada peminat untuk meminati artis kegemaran mereka, asalkan saya tidak putus berkarya dan menghiburk­an kelompok peminat saya,” katanya yang bakal mendapat adik baru awal tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia