Harian Metro

‘Kami tak pilih lawan’

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Kedah tidak memilih mana-mana lawan andai mereka mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas mendahului Kumpulan C dengan sembilan mata.

Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berkata, walaupun memiliki kedudukan lebih selesa untuk mara ke suku akhir namun beliau menganggap situasi itu masih belum selamat ketika memiliki baki dua perlawanan.

Menurutnya, pasukannya perlu memenangi satu lagi perlawanan sama ada berdepan UiTM FC atau Kelantan yang mampu mengesahka­n tempat dengan pemain tidak mengambil mudah tentangan Lions Troops dan The Red Warriors.

“Kami tidak memilih sama ada Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Terengganu yang bakal muncul juara dan naib juara Kumpulan D pada suku akhir kerana semua pasukan dilihat memiliki kekuatan hampir sama dengan pemain perlu menterjema­h persembaha­n terbaik jika berdepan mana-mana lawan sekalipun.

“Bagi saya peluang untuk mempertaha­nkan kejuaraan tetap terbuka luas walaupun berdepan ujian getir pada suku akhir. Apapun fokus kami adalah melepasi peringkat kumpulan terlebih dulu,” ujarnya.

Beliau berkata, pemainnya beraksi pada tahap membanggak­an ketika membelasah Melaka United 6-2 di Melaka kelmarin namun beberapa kesilapan kecil yang dilakukan perlu diperbaiki segera menjelang pertemuan dengan UiTM FC.

Sementara itu, jurulatih Melaka Eduardo Almeida berkata, kesilapan dilakukan pemain seharusnya menjadi pengajaran buat mereka dalam mengharung­i saingan berdepan Kelantan dalam Piala Malaysia selepas ini.

Beliau menyimpan pemain utama bagi menghadapi saingan Seremban: “Gagal memanfaatk­an peluang jaringan membuatkan impian mencipta kemenangan pertama tidak kesampaian,” kata penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi.

Beliau jelas tidak gembira dengan persembaha­n pemain skuad Tok Gajah selepas tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan, dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

Shaharuddi­n yang mengambil alih tanggungja­wab membimbing pasukan itu selepas ketua jurulatih Dollah Salleh digantung 18 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengakui aksi anak buahnya tidak The Red Warriors dalam misi meraih tiga mata serta berdepan UiTM FC bagi menempah tempat ke suku akhir.

Menurutnya, pemain yang diturunkan dilihat tetap cuba memberi yang terbaik walaupun hampir mengejutka­n Kedah namun kelemahan bertahan dan kesilapan pemain jelas menjadi faktor lawan membocori gawang pasukan.

 Nidzam anggap semua pasukan miliki peluang sama

seperti diharapkan.

Menurutnya, biarpun mereka berjaya melakukan banyak serangan ke kawasan kubu skuad Hoben Jang Hoben, namun ketumpulan penyudah membuatkan hasrat membawa pulang mata berkecai.

“Walaupun pada ketikanya pemain saya menguasai pemainan dan melakukan banyak serangan ke kubu lawan, tapi dalam bola sepak usaha saja tidak mencukupi kerana yang diambil kira adalah jaringan.

“Ketinggala­n 0-2 dengan pasukan lawan dalam tempoh lama nyata memberi tekanan kepada pemain saya dan ia menyebabka­n sukar untuk mereka bangkit meraih kemenangan,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Melaka, Nicholas (kiri) menghalang kemaraan penyerang Kedah Sandro Da Silva Mendonca.
FOTO: PEMAIN Melaka, Nicholas (kiri) menghalang kemaraan penyerang Kedah Sandro Da Silva Mendonca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia