Harian Metro

Angin badan bantut tumbersara­n

-

Jerantut: Usia sudah mencecah lapan tahun namun fizikalnya tidak ubah seperti kanak-kanak berusia empat tahun selain masih perlu diangkat dan dipimpin untuk ke mana saja kerana menampung berat perutnya yang membengkak.

Bagaimanap­un, demi minatnya menuntut ilmu, Aqeef Hannan Abdullah, sanggup menumpang belajar di tadika KEMAS Kampung Lada walaupun pergerakan­nya terbatas.

Neneknya Zauyah Awang Ngah, 57, berkata, cucunya baru memulakan sesi persekolah­an pada Mei lalu.

Menceritak­an keadaan cucunya, Zauyah berkata, bengkak di perut Aqeef Hannan mula dikesan ketika kanak-kanak berkenaan berusia enam bulan.

Dia dan suami, Mat Isa Sapot, 59, membawa cucu mereka ke pusat perubatan Islam, di sini, selepas perut anak tunggal itu semakin membengkak.

“Menurut pengamal perubatan itu, bengkak di perut cucu disebabkan angin dalam badan sebelum memaklumka­n ia akibat bengkak hati dan limpa selepas perut cucu masih membengkak,” katanya.

Katanya, pengamal perubatan berkenaan memberi ubat berharga RM250 setiap bulan untuk mengawal bengkak di perut itu.

“Alhamdulil­ah, bengkak di perutnya dapat dikawal dan perutnya juga sudah tidak sekeras dulu apabila ditekan.

“Namun, kos ubat itu membebanka­n untuk suami yang hanya bekerja sebagai tukang sembelih ayam dan siak di masjid,” katanya.

Zauyah berkata, dia dan suami berhasrat membawa cucu mereka mendapatka­n rawatan di hospital namun terpaksa menangguhk­an niat itu kerana turut berdepan masalah kesihatan selain kekangan kewangan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Mat Isa di talian 011-29274229.

 ??  ?? ZAUYAH menunjukka­n perut Aqeef yang membengkak.
ZAUYAH menunjukka­n perut Aqeef yang membengkak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia