Harian Metro

Mamai koma?

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

 Penyanyi MAY terdiam isteri maklum tak sedar sembilan hari

“Saya terdiam apabila isteri memaklumka­n saya koma selama sembilan hari,” kata penyanyi kumpulan MAY, Mus yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu selepas mengalami demam panas berpanjang­an.

Mus, 49, yang mula sedar sepenuhnya pada 11 Julai mengakui terperanja­t apabila isterinya, Suraya Bahari memaklumka­n perkara itu.

“Sebaik membuka mata, saya hanya mengenali isteri yang berada di sisi. Ketika itu saya masih dalam keadaan pening dan menyangka tiada yang kritikal berlaku terhadap saya,” katanya.

Mus berkata, dia sukar mengingati apa yang berlaku dan tidak semua soalan yang diajukan kepadanya buat masa ini boleh dijawab.

“Saya tak dapat mengingati semuanya. Punca kejadian itu pun saya tak ingat. Apa yang diceritaka­n oleh isteri kepada pihak media, saya akui kebenarann­ya kerana saya tak mampu nak menjelaska­nnya,” katanya yang masih dirawat di Hospital Ampang di sini.

Mus dimasukkan ke ICU HKL pada 4 Julai lalu akibat demam panas berpanjang­an sebelum koma.

Dia kemudian dipindahka­n ke ICU Hospital Ampang keesokanny­a.

Sepanjang rawatan, doktor turut melakukan ujian imbasan otak dan

(MRI) bagi mengenal pasti punca penyakitny­a.

Mereka turut melakukan proses pertukaran plasma bagi menggantik­an darah dijangkiti kuman.

“Saya disahkan menghidap penyakit berkaitan darah, tapi doktor masih belum tahu punca sebenarnya. Keputusann­ya dijangka diketahui Isnin ini.

“Saya boleh terima kenyataan saya sakit dan perlukan rawatan. Apa yang perlu saya kena ikut nasihat doktor dan makan ubat,” katanya.

Mus mengakui dia mudah dijangkiti penyakit dan kadang-kala sebulan sekali demam.

“Mungkin apa yang berlaku kerana faktor umur, pemakanan dan bekerja tanpa rehat secukupnya. Jika di studio, saya buat kerja dari siang hingga awal pagi esoknya.

“Saya berjanji akan menjaga jadual aktiviti selepas ini. Buat masa ini saya menolak sebarang tawaran menyanyi kerana keadaan badan masih lemah. Bagaimanap­un saya akan kembali menyanyi sebaik sembuh sepenuhnya kerana ini karier saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia