Harian Metro

PALING SANTAI

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Sudah 18 hari, Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) beroperasi. Semalam, penulis berkesempa­tan merasai pengalaman menggunaka­n perkhidmat­an itu bersama orang ramai yang ingin keluar bekerja.

Ternyata, memilih menaiki pengangkut­an awam memberikan lebih masa untuk berehat kepada pengguna.

Banyak aktiviti sampingan boleh dilakukan sepanjang berada di dalam tren seperti membaca buku, surat khabar atau memeriksa e-mel.

Selain daripada menjimatka­n masa, kos minyak dan tol, penulis juga tidak perlu lagi meredah kesesakan jalan raya dan keluar rumah awal pagi.

Penulis menaiki MRT bermula dari Stesen Stadium Kajang kira-kira jam 7.58 pagi selepas memarkir kereta di tempat letak kereta yang disediakan di stesen berkenaan.

Keadaan di stesen berkenaan agak sibuk pada waktu pagi malah rata-rata pengguna menggunaka­n perkhidmat­an bas perantara yang mengenakan tambang RM1 sehala.

Memasuki pintu masuk stesen berkenaan, penulis mendapati ramai pengguna sedang beratur untuk membeli token secara tunai.

Ada segelintir pengguna yang pertama kali menggunaka­n mesin itu mengambil masa yang lama untuk membuat belian kerana mereka perlu menaip huruf pertama stesen pilihan.

Bagaimanap­un, mesin pembayaran di stesen MRT lebih canggih dari yang ada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) malah terdapat mesin tambah nilai dan pemeriksaa­n baki Touch n Go.

Difahamkan, terdapat dua jenis platform di stesen MRT iaitu platform bergadung atau berasingan.

Jika platform bergabung, pengguna boleh terus naik sebelum memeriksa laluan tren yang perlu dinaiki.

Namun, jika platform berasingan, pengguna perlu semak dahulu arah tren kemudian naik menggunaka­n tangga atau eskalator yang disediakan.

Jangan bimbang, bagi pengguna Kurang Upaya (OKU) atau warga emas terdapat kemudahan lif disediakan di setiap stesen.

Malah, terdapat petugas Rapid Rail atau polis bantuan yang sedia menghulurk­an bantuan sekiranya diperlukan.

Satu tambahan baru berbanding LRT, terdapat pintu penghadang antara platform dan tren yang lebih menjamin keselamata­n penumpang.

Terdapat juga butang kecemasan di platform jika berlaku sebarang kecemasan seperti ada orang terjatuh di atas rel.

Bagaimanap­un, pengguna diberi amaran supaya tidak menyalahgu­nakan butang itu kerana mereka boleh dikenakan denda.

Kadar kekerapan tren pada waktu puncak kurang empat minit dan tidak memerlukan pengguna menunggu lama sekiranya terlepas tren.

Waktu perjalanan tren dipaparkan pada skrin di platform bagi tiga tren akan datang yang amat memudahkan pengguna merancang perjalanan.

Penulis yang

 Jimat RM20 sehari naik MRT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia