Harian Metro

10 juta peserta

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Sasaran World #QuranHour 2017 berlangsun­g pada 31 Ogos ini

Bukan program atau kempen bermusim, tetapi 365 hari setahun, sekurang-kurangnya sejam sehari. Itu mesej yang ingin disampaika­n kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia sempena penganjura­n World #QuranHour 2017.

Program berkenaan yang dijadualka­n berlangsun­g pada 31 Ogos bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), menyasarka­n penyertaan lebih 10 juta umat Islam di serata dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata, pihaknya menyasarka­n lebih 10 juta umat Islam di serata dunia dan kempen berhubung penganjura­n itu sudah dilaksanak­an menerusi media sosial.

“Mesej ini kita sampaikan di semua platform media sosial dan setakat ini mesej berkaitan program itu sudah menjangkau 100 juta akaun laman sosial.

“Sehingga kini, komuniti Islam di beberapa negara antaranya di Korea Selatan dan New Zealand mengesahka­n penyertaan program ini.

“World #QuranHour akan bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka pada 30 Ogos, pada Hari Merdeka pula (31 Ogos), program berkenaan akan diadakan di masjid terpilih seluruh negara sempena wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah yang kebetulan serentak Hari Kebangsaan,” katanya, semalam.

Sepanjang program itu, bacaan ayat suci al-Quran akan diperdenga­rkan secara serentak selama satu jam. Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) menjadi antara rakan media rasmi program berkenaan.

Antara tokoh dan selebriti yang menyertai program ini adalah Pendakwah Bebas, Datuk Kazim Elias Al-Hafiz, Ameng Spring dan Johan A’saari.

Marhaini berkata, program sama sudah dilaksanak­an sejak tiga tahun lalu dan bertujuan untuk menggalakk­an umat Islam membaca, memahami, menghayati al-Quran, selain berbincang berhubung kitab suci ini.

 ??  ??
 ?? Marhaini ?? Surah tema tahun ini adalah Surah Yassin iaitu surah ke-36 kerana Yassin adalah jantung Quran dan selalu dibaca oleh masyarakat nusantara”
Marhaini Surah tema tahun ini adalah Surah Yassin iaitu surah ke-36 kerana Yassin adalah jantung Quran dan selalu dibaca oleh masyarakat nusantara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia