Harian Metro

Sepakat kumpul duit hantar ibu ke Tanah Suci

-

Kelana Jaya: Lima beradik sanggup mengumpul wang setiap bulan bagi memastikan ibu mereka dapat menunaikan haji tanpa sebarang masalah.

Walaupun pengorbana­n itu tidaklah dapat membalas jasa dan keringat ibu, bagi Abu Zarin Abu Hassan, 38, tindakan berkenaan sekurang-kurangnya dapat merealisas­ikan impian individu yang melahirkan­nya iaitu Zabedah Abdullah, 65.

Abu Zarin berkata, dia bersama empat lagi adik beradik komited setiap bulan memasukkan wang ke dalam simpanan ibu.

“Kami mengambil masa beberapa tahun sehinggala­h simpanan itu mencukupi memandangk­an ibu hanya bergantung kepada wang pencen arwah ayah, oleh itu, sudah menjadi tanggungja­wab kami untuk menghantar­nya ke Tanah Suci.

“Ibu memang tidak pernah minta, tapi sebagai anak itulah antara pemberian yang dapat diberikan kepada insan tersayang sebelum pergi selamanya,” katanya.

Katanya, dia bersama adik beradik bekerjasam­a memastikan setiap keperluan ibu mencukupi seterusnya bersedia menunaikan rukun Islam kelima tanpa sebarang masalah.

“Kami memang risau ibu hanya berseorang­an ke Tanah Suci tanpa ditemani ahli keluarga namun percaya kakitangan Tabung Haji akan membantu jemaah jika menghadapi sebarang masalah.

“Ibu tidak ada masalah kesihatan cuma mungkin cepat letih berikutan sudah berusia,” katanya.

Sementara itu, Zabedah berkata, dia menanti lebih 10 tahun untuk ke Tanah Suci dan berharap segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia