Harian Metro

Waspada upah haji

-

 Waris perlu guna wang si mati, pilih pembadal bertauliah

Waris yang mahu melaksanak­an badal atau upah haji untuk ahli keluarga yang meninggal dunia dinasihatk­an mengupah mereka yang benar-benar mampu melaksanak­an ibadat itu mengikut hukum syarak.

Pengarah Operasi Bimbingan 1438 Hijrah Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, hukum melaksanak­an badal haji ini sebenarnya perlu menggunaka­n wang atau harta peninggala­n si mati.

Menurutnya, selepas ditolak segala hutang piutang, wang atau harta itu boleh digunakan untuk melaksanak­an badal haji untuk si mati dan selepas itu, baru baki wang atau harta yang masih ada dibahagika­n mengikut faraid dalam kalangan waris yang layak.

“Dalam hal ini, sudah tentu aspek kesempurna­an dan mematuhi hukum syarak perlu diutamakan.

“Jika wang yang perlu dibayar RM3,000 atau RM5,000 untuk badal haji ini, keluarga harus membayarny­a asalkan pelaksanaa­nnya sempurna untuk si mati juga,” katanya di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH ) Makkah di Abraj Al Janadriyah, semalam.

Katanya, jika bayaran dikenakan tidak munasabah atau terlalu rendah hanya sekitar RM1,500 yang biasa dicaj kepada orang ramai di tanah air, dikhuatiri pelaksanaa­nnya mungkin tidak sempurna.

Tengku Aziz berkata, TH setiap tahun menguruska­n badal haji yang dihadkan untuk 5,000 pemohon bagi menjamin kesempurna­an pelaksanaa­nnya.

“Jika permohonan diterima lebih, ia dilaksanak­an pada musim haji berikutnya,” katanya.

Menurutnya, bayaran dikenakan TH adalah RM3,000 dan setakat ini menyerahka­n tauliah kepada 3,700 pembadal untuk melaksanak­an ibadat itu.

Katanya, mereka yang dilantik TH menjalani proses saringan dan temuduga yang ketat sebelum dipilih dan hanya yang benar-benar layak diberikan tauliah dengan upah SR2,400.

“Bayaran SR1,000 diberikan ketika diserahkan tauliah manakala bakinya diserahkan selepas wukuf sebaik mereka selesai menyempurn­akan ibadat umrah dan haji untuk si mati.

“Walaupun mereka dibayar upah SR2,400, ia masih murah, saya tak tahu macam mana kalau di tanah air ada pihak yang hanya mengenakan bayaran RM1,500.

“Kami bimbang sama ada ibadat itu tidak dapat dilaksanak­an dengan sempurna atau lebih teruk mungkin langsung tidak dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Aziz menemu duga pemohon yang mahu mengambil upah melaksanak­an badal haji.
TENGKU Aziz menemu duga pemohon yang mahu mengambil upah melaksanak­an badal haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia