Harian Metro

SMS Blast saluran info penting jemaah

-

pertama kali pada musim haji tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menggunaka­n sepenuhnya bagi menyampaik­an maklumat penting kepada jemaah.

Langkah itu selaras visi TH yang mahu memanfaatk­an sepenuhnya penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengurusan operasi haji musim ini.

Pengarah Operasi Makkah 1438 Hijrah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata, penggunaan kemudahan itu diuji pada musim haji 2016, namun tidak dilaksanak­an secara menyeluruh.

Beliau berkata, pada tahun ini, TH menjalin kerjasama dengan Saudi Telecommun­ications Company (STC) bagi memudahkan jemaah membeli kad SIM prabayar, sekali gus memudahkan SMS dihantar kepada mereka.

“Jemaah yang mendaftar talian menggunaka­n kad SIM Arab Saudi didaftarka­n nombor mereka bagi membolehka­n maklumat melalui SMS dihantar.

ini satu daripada saluran maklumat selain yang sedia ada terutama maklumat yang disampaika­n kepada jemaah pada sesi taklimat.

ini penting ketika TH mahu menyalurka­n maklumat yang memerlukan tindakan segera, contohnya ketika bencana, pergerakan jemaah dan sebagainya,” katanya di ibu pejabat TH Makkah di Abraj Al Janadriyah, semalam.

Ahmad Sohaimi berkata, bagi melancarka­n komunikasi antara petugas di lapangan dengan Pusat Maklumat Operasi (PMO) pula, pihaknya menggunaka­n sistem komunikasi terhad tanpa wayar, Bravo seperti walkie-talkie.

Menurutnya, penggunaan sistem itu bagi memastikan segala maklumat disalurkan dengan cepat dan tepat, sekali gus memastikan kelancaran operasi haji secara keseluruha­n.

Katanya, penggunaan sistem Bravo itu membantu memudahkan perhubunga­n dan komunikasi untuk petugas di Makkah, Madinah dan Jeddah.

 ??  ?? AHMAD Sohaimi menunjukka­n contoh penggunaan aplikasi bagi mendapatka­n maklumat dengan cepat hanya dengan telefon bimbit.
AHMAD Sohaimi menunjukka­n contoh penggunaan aplikasi bagi mendapatka­n maklumat dengan cepat hanya dengan telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia