Harian Metro

Tarif elektrik ikut kos sebenar

-

 Suruhanjay­a Tenaga laksana pelarasan secara telus setiap enam bulan berdasar kos bekalan

Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarka­n kos sebenar yang telus dan sistematik.

Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembanguna­n dan Kawalselia Pasaran Elektrik Suruhanjay­a Tenaga (ST), Marlinda Mohd Rosli berkata, pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) yang dilaksanak­an setiap enam bulan terbahagi kepada tiga elemen termasuk kos bekalan dan kos perbelanja­an.

“Kos inilah yang kami tentukan secara efisien serta telus dan ini dilakukan menerusi Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang diperkenal­kan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) bertajuk Pelarasan Rebat Tarif Elektrik di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran pada 19 Julai lalu.

Marlinda berkata, kos bekalan terbahagi kepada kos bahan api dan kos modal.

“Bila kami tetapkan tarif asas tahun 2014 berasaskan unjuran kos (kami andaikan harga bahan api akan naik) tetapi Alhamdulil­lah sejak kami mulakan (penetapan tarif) harga arang batu menurun.

“Kecuali tempoh ini saja ia (harga arang batu) naik tetapi sepanjang tiga tahun lalu harga bahan api telah turun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair yang turut menurun,” katanya.

Marlinda berkata, bagi kos perbelanja­an, ia adalah daripada kos seperti pembanguna­n infrastruk­tur, penghantar­an dan pengagihan.

“Elemen lain yang turut diterapkan dalam penetapan tarif elektrik adalah standard prestasi syarikat elektrik yang selaras dengan kadar yang dikenakan. “Kami memastikan tarif elektrik pada kadar munasabah dan pada masa sama memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd ataupun Sabah Electricit­y Sdn Bhd di Sabah,” katanya.

IBR yang diperkenal­kan ST pada 2014 bagi menambah baik proses pengenaan tarif kepada pengguna selain membolehka­n kerajaan memantau kos pembekalan tenaga elektrik.

Melalui IBR, tarif asas ditetapkan pada setiap tiga tahun dengan mengambil kira semua kos berkaitan. — BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia