Harian Metro

Daftar atas nama mangsa Berpisah selamanya

-

Kota Bharu: Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mengesahka­n senapang patah digunakan Mohd Roddin Hashim, 45, yang maut tertembak, semalam dilesenkan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

“Senapang patah itu didaftarka­n atas nama mangsa menerusi lesen RELA. Mangsa (Mohd Roddin) ialah anggota jabatan itu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 2.45 pagi semalam dan mangsa cedera parah di leher dan luka di telinganya.

Katanya, dia juga meninggal serta-merta selepas senapang patah itu yang diletakkan dalam raga motosikal meletup secara tiba-tiba.

“Kami mengklasif­ikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Pasir Mas sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

 Anggota RELA buru pelanduk bersama isteri mati tertembak diri sendiri

di Unit Forensik Hospital Pasir Mas, di sini semalam.

Norizan mengakui dia dan suaminya memburu pelanduk atau kancil di kawasan berkenaan pada waktu malam, namun dilakukan apabila ada kelapangan.

Katanya, arwah juga sudah berkhidmat dengan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) lebih

10 tahun.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gabus, di sini.

Sementara itu, RELA Kelantan ketika dihubungi memberitah­u sedang menunggu laporan lanjut kejadian terbabit dan enggan mengulas lanjut.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Pasir Mas, semalam. ANGGOTA polis membawa senapang dan peluru yang digunakan mangsa.
NORIZAN
SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Pasir Mas, semalam. ANGGOTA polis membawa senapang dan peluru yang digunakan mangsa. NORIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia