Harian Metro

Penoreh luluh hati lihat rumah musnah terbakar

-

Maran: “Saya hanya mampu menangis manakala ayah yang baru pulang dari menoreh getah terduduk akibat terkejut selepas melihat rumah kami musnah dalam kebakaran itu,” kata Khadijah Abdul Ghani, 22, mangsa kebakaran di Kampung Pesagi dekat Chenor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dua rumah di kampung berkenaan musnah dijilat api.

Khadijah berkata, ketika kejadian dia bekerja di pasar raya di Temerloh manakala bapanya Abdul Ghani Imam Awang, 77, berada di kebun getah.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas seorang rakan menghubung­i saya.

“Sebaik diberitahu, saya segera pulang ke rumah tetapi segalanya sudah terlambat kerana apabila saya sampai, rumah sudah pun hangus,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Gadis itu berkata, akibat kejadian itu keluargany­a menanggung kerugian dianggarka­n RM100,000.

Katanya, dia dan bapanya kini menumpang sementara di rumah saudara berhampira­n.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Arshad Abdullah, ketika dihubungi, di sini, semalam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.47 tengah hari dan lapan anggota dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Menurutnya, kejadian itu membabitka­n dua rumah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ?? KEADAAN rumah hangus dalam kebakaran. Gambar kecil, Khadijah (kanan) bersama jirannya.
KEADAAN rumah hangus dalam kebakaran. Gambar kecil, Khadijah (kanan) bersama jirannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia