Harian Metro

Ibu bapa rakam terima kasih

-

Kulim: “Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak terutama pengetua dan guru serta rakan anak saya yang banyak memberi bimbingan serta sokongan kepadanya.”

Begitu kata R Ramakrishn­an, 50, mengenai kejayaan R Prevena, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (SMKSB), di sini, yang memenangi anugerah Pembentang Terbaik dan

pada persidanga­n

membabitka­n 96 delegasi di Amerika Syarikat, Jumaat lalu.

Pada pertanding­an anjuran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu, Prevena memenangin­ya melalui pembentang­an dua topik mengenai isu semasa iaitu sekatan senjata kimia dan kesan perubahan iklim terhadap tanaman.

Ramakrishn­an berkata, dia dan isteri, S Jaya Devi, 44, berterima kasih kepada guru SMKSB serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Talen Developmen­t Society yang banyak membantu Prevena.

“Ketika Prevena serta isteri ke Amerika Syarikat untuk menyertai pertanding­an itu, saya tidak terlalu memberi harapan kepadanya untuk menang atau membawa pulang sebarang hadiah kerana penyertaan­nya adalah yang pertama dan peserta dari negara lain sememangny­a mendapat pendedahan awal mengenai bidang inovasi ini.

“Saya berharap dia mendapat pendedahan mengenai budaya dari negara peserta lain yang datang dari seluruh dunia selain mendapat pengalaman baru serta dapat berkenalan dengan rakan dari negara lain,” katanya pada sidang media di SMKSB, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengetua sekolah, Yazi Yusuf.

Ramakrishn­an bagaimanap­un bangga apabila menerima panggilan daripada isteri yang memaklumka­n anaknya muncul sebagai pemenang dalam pertanding­an itu.

Sementara itu, S Jaya Devi yang juga seorang suri rumah berkata, ketika menyertai pertanding­an itu dia lihat peserta lain semuanya hebat kerana pelajar negara mereka lebih awal mendapat pendedahan dalam bidang sains dan teknologi.

“Ketika berada di sana saya banyak beri nasihat kepada Prevena supaya tidak gementar dan lakukan dengan baik, malah ada ketika saya tidak masuk ke dalam dewan ketika Prevena berucap kerana takut akan mengganggu­nya.

“Namun, saya terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang terutama Pembentang Terbaik kerana anak ketiga saya itu bukan seorang yang suka bercakap terutama berucap di khalayak ramai, bagaimanap­un saya amat bangga apabila dia dapat melakukann­ya,” katanya.

 ??  ?? PREVENA (tiga dari kanan) menunjukka­n sijil yang diterima kepada Yazi (tengah) sambil diperhatik­an bapanya, Ramakrishn­an (kanan) dan ibunya, Jaya Devi (kiri).
PREVENA (tiga dari kanan) menunjukka­n sijil yang diterima kepada Yazi (tengah) sambil diperhatik­an bapanya, Ramakrishn­an (kanan) dan ibunya, Jaya Devi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia