Harian Metro

Jualan ‘banjir’ tahi ayam

- Razif Rosli am@hmetro.com.my

“Habis semua barangan jualan rosak dan terpaksa dibuang. Kami terpaksa tutup kedai dan tidak pasti bila boleh mula berniaga semula berikutan bau busuk tahi ayam yang memenuhi kedai runcit ini seminggu pun belum tentu hilang,” kata Auninazira­h Mat Isa, 30.

Auninazira­h anak kepada pemilik kedai runcit Mat Isa Sa’ad, 65, di Batu 7, di sini, yang kedainya ‘dibanjiri’ najis tahi ayam susulan kejadian sebuah lori membawa najis berkenaan terbalik pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, bapanya berada di dalam kedai dan tidak cedera, namun terkejut dan trauma dengan kejadian itu kerana turut menghidap darah tinggi dan kencing manis.

“Setakat hari ini (semalam) bahagian dalam kedai dibersihka­n dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), namun bahagian hadapan kedai dan sebuah rumah saudara berhampira­n masih dipenuhi tahi ayam.

“Kami tidak pasti kerugian akibat kejadian ini, tetapi boleh dikatakan semua barangan jualan seperti biskut, keropok, aiskrim dan lain-lain terpaksa dibuang kerana tidak boleh dijual lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Auninazira­h berkata, pemandu lori yang membawa muatan tahi ayam itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemilik lori ke kedai bapanya serta hanya memberikan wang tunai RM200 sebagai pampasan kerugian.

“Jumlah itu ternyata tidak mencukupi dan pemilik lori meminta kami membuat tuntutan insurans.

“Bapa saya belum membuat taksiran kerugian lagi kerana trauma selain sedih susulan kedai berkenaan lebih 40 tahun diusahakan,” katanya.

 Peniaga tutup kedai lepas lori terbalik

 ??  ?? ANGGOTA APM Kampar membersihk­an tahi ayam di kedai runcit di Batu 7 Tanjung Tualang.
ANGGOTA APM Kampar membersihk­an tahi ayam di kedai runcit di Batu 7 Tanjung Tualang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia