Harian Metro

Pemandu meninggal

-

Tualang: Sebuah kedai runcit di Batu 7, di sini, dibanjiri tahi ayam apabila sebuah lori yang membawa najis berkenaan terbalik dan turut mengakibat­kan pemandunya meninggal dunia di lokasi kejadian, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, pemandu lori, V Selvan, 52, dari Ayer Tawar, Manjung maut selepas lori dipandu terbalik dengan semua tayar ke atas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitka­n sebuah lori membawa muatan tahi ayam dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

“Lori berkenaan dipandu dari Kampung Bali, ke Tanjung Tualang dan sebaik tiba di tempat kejadian ketika hendak keluar dari Simpang Kampung Bali tiba-tiba pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu kenderaann­ya terbalik di bahu jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat dan pemeriksaa­n mendapati lori itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat terbalik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Susulan kejadian itu, muatan dibawa lori berkenaan melimpah dan membanjiri sekeliling tempat kejadian termasuk sebuah kedai runcit dan khidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kampar digunakan bagi membantu pemilik kedai runcit berkenaan membersihk­an tahi ayam yang memenuhi bahagian dalam dan depan premis itu.

Sementara itu, Pegawai APM Kampar Jasri Mohd Yusof berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian jam 5 petang kelmarin untuk kerja-kerja pembersiha­n.

“APM Kampar menghantar lapan anggota membuat kerja khidmat sosial membersihk­an najis ayam di kedai runcit berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia