Harian Metro

Melukis lupa derita

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Pesara derita barah usus pilih kanvas untuk terus harungi hidup

Bakat melukis yang dimiliki sejak sekolah menengah kini menjadi aktiviti harian buat pesara kerajaan, Jalani Abdul Rahman, 59, untuk melupakan penyakit kanser usus tahap empat yang dideritai sejak setahun lalu.

Katanya, melukis adalah satu kegiatan berbentuk terapi buat dirinya dalam melawan penyakit itu.

“Doktor sebelum ini juga ada berpesan kepada saya melakukan satu aktiviti untuk tenangkan fikiran. Memandangk­an jiwa dan minat saya cenderung kepada seni, jadi saya memilih untuk melukis.

“Namun, masalah kewangan yang dihadapi membuatkan saya mahu menjual lukisan yang ada bagi menampung kos rawatan susulan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jalani berkata, akibat masalah kewangan, dia sudah tidak menjalani rawatan sejak enam bulan lalu.

“Sekarang, saya hanya reda dengan ketentuan Ilahi. Hidup atau mati, saya tidak fikirkan lagi kerana lukisan yang dihasilkan membawa saya jauh daripada memikirkan sakit.

“Saya tenang dan banyak mendapat semangat daripada ahli keluarga terutama isteri dan tiga anak. Walaupun anak sudah besar, saya tidak mahu menyusahka­n mereka memandangk­an masing-masing sudah berkeluarg­a, tambahan hanya seorang yang bekerja.

“Dengan lukisan ini sajalah saya mahu mencari rezeki untuk menampung segala kos rawatan yang diperlukan, namun saya sedih apabila ada yang minta saya lukis dan janji membeli tetapi tidak tunaikan,” katanya yang menetap di Taman Desa Anggerik Indah, Serendah.

Paling menyukarka­n, katanya, dengan kekangan kewangan, dia tidak mampu untuk mengikut pemakanan yang disyorkan oleh doktor.

“Saya hanya terima pencen RM300 tetapi perlu membeli susu yang berharga RM80 satu tin untuk seminggu.

“Itu belum ditambah dengan kos perjalanan saya dari rumah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kadang-kadang saya tumpang kawan atau naik teksi.

“Kos untuk kemoterapi juga saya perlu fikirkan. Apa yang penting saya cuma jaga makan dan tidur dengan cukup,” katanya.

Menceritak­an kembali kanser usus yang dihidapi, Jalani berkata, doktor hanya mengesahka­n penyakit itu setahun lalu walaupun sudah lapan tahun mengadu sakit perut.

“Akibat penyakit itu, saya terpaksa bersara awal pada usia 50 tahun. Pada mulanya, saya hanya mengadu sakit perut yang berterusan dan doktor juga tidak dapat mengetahui penyakit saya.

“Berat badan saya juga berkuranga­n daripada 108 kilogram (kg) kepada 60 kg dan doktor hanya memberi ubat tahan sakit untuk saya.

“Cuma pada tahun lalu, saya disahkan kanser usus dan perlu menjalani rawatan kemoterapi di HKL serta Hospital Selayang,” katanya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membantu atau membeli 12 keping lukisan pemandanga­n hasil tangan Jalani boleh menghubung­inya di talian 018-2309311 atau Yusri di 014-7218945.

 ?? Jalani Abdul Rahman ?? JALANI menjual koleksi hasil seni yang dihasilkan­nya untuk membantu menampung kos rawatan. Saya tenang dan banyak mendapat semangat dari ahli keluarga terutama isteri dan tiga anak. Walaupun anak sudah besar, saya tidak mahu menyusahka­n mereka”
Jalani Abdul Rahman JALANI menjual koleksi hasil seni yang dihasilkan­nya untuk membantu menampung kos rawatan. Saya tenang dan banyak mendapat semangat dari ahli keluarga terutama isteri dan tiga anak. Walaupun anak sudah besar, saya tidak mahu menyusahka­n mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia