Harian Metro

Duit umrah hangus

-

 Simpanan RM35,000 lebur ditipu individu menyamar kakitangan BNM

apabila menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada bank memaklumka­n ada penggunaan kad kredit atas namanya sebanyak RM3,698.45 di pusat beli-belah KLCC pada 3 Julai lalu.

Katanya, pada 27 Julai, dia dilaporkan ada penggunaan RM4,299 di premis menjual barangan kemas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), menjadikan jumlah keseluruha­n RM7,997.45.

“Sedangkan saya tidak mempunyai kad kredit dengan bank itu dan mengesyaki ada pihak yang menyalah guna kad pengenalan saya untuk memohon kad kredit dan menggunaka­nnya secara bebas.

“Disebabkan bimbang disenarai hitam, saya menghubung­i nombor telefon bank itu yang disertakan untuk bertanya hal terbabit.

“Pihak itu yang suaranya seakan-akan pegawai khidmat pelanggan sebenar menyuruh saya menghubung­i nombor lain yang dikatakan wakil BNM.

“Ketika menghubung­i wakil itu, saya diminta ke mana-mana mesin wang automatik (ATM) dan melakukan transaksi berdasarka­n arahan individu terbabit. Dalam transaksi itu saya diberi nombor 10 angka untuk membuat tukaran nombor pin yang rupa-rupanya adalah nombor akaun untuk pemindahan wang ke akaun lain,” katanya.

Dia diperdaya melakukan pindahan pertama membabitka­n RM26,000 di mesin ATM (Bank Islam) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan transaksi kedua di lokasi sama (ATM Maybank) berjumlah RM9,000.

Katanya, selepas transaksi berjaya, Ab Rahman diminta menghantar slip transaksi ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu bersama salinan kad pengenalan­nya.

“Ketika itulah saya berasa ditipu dan membuat pengesahan dengan menghubung­i BNM sebenar. Orang itu memperdaya saya dengan mengatakan penukaran nombor pin bagi mengelak wang simpanan saya disonglap,” katanya berharap individu terbabit dikesan segera dan diambil tindakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superinten­dan Mohamed Zulmazi Che Daud ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita menasihatk­an orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang SMS atau panggilan telefon yang meragukan bagi mengelak diperdaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia