Harian Metro

Gading gajah dari Lagos

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Kastam sekat cubaan seludup guna maklumat palsu

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), menggagalk­an cubaan menyeludup gading gajah dan sisik tenggiling bernilai RM4.14 juta dalam dua serbuan berasingan, Ahad lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan) JKDM Datuk Mohd Pudzi Man berkata, dalam serbuan pertama pada jam 1.30 tengah hari di Gudang Kargo Udara Zon Perdaganga­n Bebas KLIA, pihaknya merampas dua kotak yang mengandung­i gading gajah.

“Kotak berkenaan diikrarkan sebagai barang makanan, namun pemeriksaa­n lanjut mendapati ia mengandung­i 23 gading gajah dengan berat 75.74 kilogram (kg) dianggarka­n bernilai RM275,000.

“Kotak berkenaan tiba melalui penerbanga­n Etihad Airways dari Lagos, Nigeria ke Abu Dhabi seterusnya ke KLIA,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, semalam.

Mohd Pudzi berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pengimport atau pemilik gading gajah itu memandangk­an maklumat pengimport­an pada surat muatan udara adalah palsu.

“Ia menggunaka­n alamat pengimport dan syarikat yang tidak wujud,” katanya.

Dalam kes kedua, beliau berkata, pihaknya menemui enam bungkusan guni yang mengandung­i sisik tenggiling 300.90kg bernilai RM3.86 juta di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA.

“Bungkusan guni yang disyaki membawa barang larangan import itu tiba jam 8.30 malam melalui penerbanga­n Ethiopian Airlines dari Congo ke KLIA sebelum ditahan untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Pemeriksaa­n rapi dijalankan menemui sisik tenggiling itu, malah pada surat muatan udara dicatatkan sebagai ‘fish maw’ dan alamat penerima digunakan juga palsu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhd Pudzi berkata, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barangan larangan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? MOHD Pudzi (tengah) menunjukka­n gading gajah dan sisik tenggiling yang dirampas di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH MOHD Pudzi (tengah) menunjukka­n gading gajah dan sisik tenggiling yang dirampas di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA.
 ??  ?? ENAM bungkusan guni mengandung­i 300.90kg sisik tenggiling ditemui di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA.
ENAM bungkusan guni mengandung­i 300.90kg sisik tenggiling ditemui di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia