Harian Metro

Pertanding­an dendang lagu patriotik

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), menganjurk­an pertanding­an nyanyian lagu patriotik sempena bulan kemerdekaa­n yang disambut sepanjang bulan ini sehingga 19 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, program tahunan yang kini memasuki edisi ketiga itu terbuka kepada orang ramai dan kakitangan SSM sendiri.

“Pertanding­an yang turut mendapat kerjasama Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) menyediaka­n hadiah wang tunai RM3,000 bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga.

“Selain itu, pemenang turut berpeluang membawa hadiah hamper barangan Mamee termasuk produk terbaru keluaran mereka,” katanya selepas melancarka­n Pertanding­an Lagu Patriotik #SSMPatriot­ik, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Mamee Shaeszany Shahry Abu Shahriman.

Menurut Zahrah, tujuan penganjura­n program berkenaan untuk meningkatk­an semangat dan nilai patriotik dalam kalangan kakitangan SSM dan orang ramai sepanjang sambutan bulan kemerdekaa­n.

“Tahun lalu, kami menerima lebih 100 penyertaan dari seluruh negara yang cukup menghiburk­an, kreatif dan penuh semangat kemerdekaa­n.

“Justeru, kami berharap menerima lebih banyak penyertaan tahun ini, sekali gus membantu memupuk dan memperkuku­hkan jati diri serta semangat setia negara,” katanya.

Beliau berkata, semua penyertaan dalam bentuk video berdurasi seminit itu boleh dihantar ke e-mel urus setia radin@ssm.com.my sebelum dimuat naik di laman sosial rasmi Facebook Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

“Pemenang ditentukan menerusi markah penjurian dan mendapat terbanyak apabila dimuat naik di Facebook nanti.

“Tarikh tutup penyertaan pada 16 September depan, dan orang ramai boleh melayari laman Facebook rasmi SSM bagi mendapatka­n maklumat lanjut termasuk terma dan syarat penyertaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zahrah berkata, 40 syarikat dalam talian berdaftar dengan SSM BizTrust sejak dilancarka­n 21 Julai lalu.

“Tawaran diskaun yuran pendaftara­n masih lagi dibuka sehingga hujung 30 September depan, selepas itu, harga yuran akan kembali seperti biasa.

“Saya berharap peniaga yang belum berdaftar tidak melepaskan peluang ini, sekali gus dapat membantu mereka memperoleh persijilan SSM BizTrust dan mengurangk­an penipuan pembelian dalam talian,” katanya.

 ?? Zahrah Abd Wahab Fenner ?? Pemenang ditentukan menerusi markah penjurian dan mendapat ‘like’ terbanyak apabila dimuat naik di Facebook nanti”
Zahrah Abd Wahab Fenner Pemenang ditentukan menerusi markah penjurian dan mendapat ‘like’ terbanyak apabila dimuat naik di Facebook nanti”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia