Harian Metro

Lunyai dibedal keluarga angkat

- Muhammad Apendy Issahak dan Nor Raidah Awang am@hmetro.com.my

 3 beranak ditahan dipercayai dera dua beradik perempuan secara fizikal, seksual

Tidak berperikem­anusiaan apabila dua beradik perempuan berusia lima dan enam tahun yang sepatutnya dijaga keluarga angkat namun menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual keluarga jahanam berkenaan yang mengambil mangsa sebagai anak angkat sejak Mei 2015.

Dalam kejadian di Kampung Anak Rambutan, Sungai Bayor, di sini, penderaan dua kanak-kanak malang itu dikesan pada Isnin lalu selepas pihak Klinik Kesihatan Sungai Bayor membuat pemeriksaa­n kesihatan terhadap kanak-kanak di sebuah tadika di kawasan berkenaan dan mendapati dua kanak-kanak itu disyaki didera.

Susulan itu, tiga beranak dari di Kampung Sungai Berdarah, di sini, membabitka­n wanita berusia 44 tahun yang juga ibu angkat mangsa, remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan, kelmarin bagi membantu siasatan kes dera terbabit.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superinten­dan Loo Lian Lai berkata, pada jam 4 petang Isnin lalu, jururawat yang memeriksa kanak-kanak berkenaan menemui kesan kecederaan dan parut lama di tangan dan belakang mangsa yang disyaki di rotan.

“Kedua-dua kanak-kanak juga didapati dalam keadaan trauma.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa adalah anak angkat kepada wanita berusia 44 tahun daripada Kampung Sungai Berdarah, Selama yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mei 2015.

“Polis juga menahan dua anak suspek iaitu abang dan kakak angkat mangsa yang turut dipercayai terbabit dalam

kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan awal, ibu angkat mangsa mendapat bantuan kewangan RM250 sebulan bagi setiap seorang untuk menjaga dua beradik itu.

“Keluarga angkat terbabit dipercayai kerap merotan, memukul dan mencubit mangsa serta memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dan suspek remaja lelaki turut dipercayai mencucuh puntung rokok ke bahagian badan dan paha mangsa.

“Mangsa dihantar ke Hospital Selama untuk rawatan dan hasil pemeriksaa­n awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh putung rokok di badan dan kesan cubitan serta luka pada kedua-dua kemaluan mangsa dan juga kesan tusukan pada kemaluan mangsa,” katanya.

Loo berkata, kedua-dua beradik itu kini dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaa­n lanjut oleh pakar dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ketiga-tiga suspek kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurka­n maklumat di mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata, pihaknya sudah dimaklumka­n mengenai laporan perubatan dan polis mengenai kejadian itu kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? KESAN lebam yang ditemui pada badan dua beradik perempuan dipercayai didera.
KESAN lebam yang ditemui pada badan dua beradik perempuan dipercayai didera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia