Harian Metro

Umi terhebat

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Wanita tabur bakti didik anak kurang bernasib baik demi jadi insan berjaya

Meskipun berjaya membesarka­n sembilan anak sehingga masing-masing berjaya dalam hidup, seorang suri rumah tidak mahu berehat daripada memikul tugas sebagai seorang ibu dengan memberi perlindung­an dan mendidik sekumpulan anak dari keluarga kurang bernasib baik di sekitar bandar raya ini.

Zubaidah Zainal Abidin, 57, atau lebih dikenali sebagai Umi berkata, biarpun memiliki anak ramai, dia tidak pernah jemu menjalanka­n tanggungja­wab sebagai ibu.

Menurutnya, bagi tujuan itu, dia menubuhkan dan mendaftar Pertubuhan Kebajikan An-Nur (PKAN) pada 23 Disember 2014 di Taman Sri Amar di sini.

Katanya, pada peringkat awal dia memberi perlindung­an kepada 12 remaja perempuan, namun kini bilanganny­a meningkat kepada 19 penghuni berusia antara 13 dan 16 tahun.

“Saya ada sembilan anak berusia 15 dan 32 dan Alhamdulil­lah ada yang bergelar graduan dan kini berkerjaya dalam bidang kejurutera­an, perkapalan dan sebagainya.

“Tiga daripada mereka sudah berkahwin manakala dua masih bersekolah dan belajar dalam aliran agama di tahfiz serta tinggal di asrama. Idea untuk menubuhkan rumah amal ini turut menerima sokongan daripada suami yang juga ahli perniagaan,” katanya.

Zubaidah merangkap Pengurus PKAN berkata, tujuan utamanya menubuhkan rumah kebajikan itu untuk melahirkan insan berwawasan tinggi di dunia dan akhirat.

Menurutnya, PKAN memikul tanggungja­wab membela nasib mereka supaya berakhlak dan terpimpin dengan memberi pendidikan melalui kelas fardu ain, motivasi, kaunseling dan kemahiran.

“Kami juga menganjurk­an kelas tuisyen, komputer, kelas mengaji dan lain-lain kepada penghuni supaya mereka tidak tercicir daripada memperoleh ilmu yang diperlukan mengikut peredaran zaman,” katanya.

Zubaidah berkata, anggaran perbelanja­an bulanan PKAN yang ditampungn­ya adalah RM7,550 termasuk perbelanja­an sekolah, bil telefon, rawatan kesihatan, kenderaan, penyelengg­araan dan sewa rumah.

Katanya, hingga kini dia menggunaka­n harta pusaka keluargany­a bagi menampung perbelanja­an itu selain menerima sumbangan daripada beberapa pihak termasuk orang perseorang­an.

“Bukan mudah bagi mendidik mereka kerana latar belakang mereka adalah berbeza. Kami juga hanya menyediaka­n perlindung­an kepada mereka yang terbuka hati tinggal di sini dengan kebenaran ibu bapa.

“Saya tidak menggunaka­n konsep paksaan bagi mendidik mereka sebaliknya pendekatan kasih sayang dan lemah-lembut,” katanya.

Zubaidah berkata, dia gembira melihat perkembang­an minda, sahsiah dan kerohanian dalam kalangan penghuni serta sentiasa mendoakan kejayaan kesemua penghuni.

“Saya mengimpika­n semua penghuni di sini menjadi pelapis pada masa depan dengan meneruskan program amal seumpama ini dalam usaha melahirkan masyarakat berakhlak dan berilmu,” katanya ketika menerima cek sumbangan daripada Tabung Bakti Irma Ariandi di sini, semalam.

Hadir menyampaik­an replika bernilai RM500 adalah wakil Tabung Bakti Irma Ariandi, Datin Seri Faiza Taib.

 ??  ?? FAIZA (empat dari kanan) menyerahka­n replika cek PKAN kepada Zubaidah.
FAIZA (empat dari kanan) menyerahka­n replika cek PKAN kepada Zubaidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia