Harian Metro

Sangkal tohmahan

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kejayaan pelbagai inisiatif dilaksanak­an kerajaan terbukti, sekali gus menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah sebuah negara gagal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, pelan ekonomi kerajaan yang berpandang­an jauh serta langkah proaktif kerajaan dalam melaksanak­an keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar.

“Ini terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.

“Prestasi KDNK ini disokong terutamany­a oleh perbelanja­an sektor swasta. Pelaburan swasta mencatat pertumbuha­n dua angka iaitu sebanyak 12.9 peratus, manakala penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus,” katanya pada sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu berkenaan tahap kebarangka­lian Malaysia mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia yang ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) bahawa ekonomi

Bank Dunia juga meramalkan anggaran unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus, berbanding unjuran asal 4.3 peratus”

dunia juga kembali mantap.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, mengikut laporan IMF, ekonomi dunia dijangka mencatat pertumbuha­n 3.5 peratus pada 2017 dan 3.6 peratus pada 2018, yakni lebih baik berbanding pertumbuha­n 3.2 peratus dicatatkan pada 2016.

Katanya, pertumbuha­n itu disokong oleh ekonomi negara membangun yang dijangka mencatat prestasi lebih baik terutama China, India dan kebanyakan negara ASEAN.

“Baru-baru ini juga, IMF telah menyemak semula unjuran mengenai pertumbuha­n ekonomi Malaysia untuk 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.

“Malah, Bank Dunia juga meramalkan anggaran unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 4.9 peratus, berbanding unjuran asal 4.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata, antara 2009 dan 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita telah meningkat kepada 51.8 peratus dan terkini PNK per kapita Malaysia meningkat kepada 9,850 dolar Amerika.

Datuk Seri Najib Razak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia