Harian Metro

‘Doktor’ durjana

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 Lelaki gila seks periksa payudara wanita hamil melalui telefon

“Tiada doktor pakar yang menjalanka­n rawatan atau pemeriksaa­n melalui panggilan telefon, lebih-lebih lagi membabitka­n pemeriksaa­n payudara atau alat kelamin,” tegas Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.

Berikutan itu, beliau minta orang ramai jangan mudah tertipu dengan helah yang digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab apabila menyamar sebagai pegawai perubatan itu kerana dipercayai individu gila seks.

Pihaknya mengakui ada menerima laporan mengenai tindakan pihak tertentu menghubung­i orang ramai terutama wanita dengan mendakwa dirinya doktor memperkena­lkan diri sebagai Dr Haji Abu Bakar.

“Mengikut laporan yang diterima, seramai tiga mangsa dalam kalangan wanita di Besut menerima panggilan daripada doktor palsu terbabit.

“Modus operandiny­a sama seperti kes yang pernah berlaku pada 2010, mangsa diminta menjalanka­n pemeriksaa­n payudara melalui panggilan telefon dibuatnya.

“Lebih teruk apabila mangsa yang pada mulanya terpedaya kerana doktor palsu itu memiliki segala maklumat peribadiny­a menuruti arahan tanpa mengesyaki sesuatu.

“Doktor palsu yang mendakwa dirinya sebagai doktor dari Hospital Besut itu turut mengarahka­n mangsa memegang alat sulit dan membuat suara ghairah,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat diterimany­a, semua wanita itu baru sekali membuat pemeriksaa­n kandungan di sebuah klinik kesihatan di Besut.

Katanya, laporan polis sudah dibuat oleh klinik kesihatan berkenaan pada 18 Julai lalu dan kini nombor telefon yang bertanggun­gjawab membuat panggilan berkenaan sudah tidak diaktifkan.

“Selepas kejadian 2010, jabatan ini memang sudah mengeluark­an pekeliling kepada kakitangan­nya supaya maklumat pesakit tidak diberikan melalui panggilan telefon.

“Bagaimanap­un, individu terbabit berjaya memperdaya­kan kakitangan klinik kesihatan dengan mendakwa dirinya sebagai doktor pakar ketika menghubung­i petugas di klinik bagi mendapatka­n maklumat pesakit.

“Doktor palsu itu hanya meminta maklumat wanita yang pertama kali mengandung dan dipercayai 12 maklumat pesakit yang sudah terlepas ke tangan individu tidak bertanggun­gjawab itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah menghubung­i semua pesakit itu dan mereka diingatkan supaya tidak terpedaya sebaik menyedari tidak wujud identiti Dr Haji Abu Bakar di Hospital Besut.

“Ketika ini, daripada 12 orang ibu mengandung itu yang terlepas maklumat mereka, hanya tiga yang sempat dihubungi doktor palsu terbabit.

“Semua mereka mendakwa dihubungi individu berkenaan pada hari yang sama iaitu pada 15 Julai lalu. Kami harap orang ramai yang menjadi mangsa panggilan palsu itu segera membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia