Harian Metro

Anak disangka hilang dirogol beberapa lelaki

-

Seremban: Seorang bapa hanya mampu menitiskan air mata apabila anak perempuann­ya yang disangkaka­n hilang sebaliknya dirogol beberapa lelaki baru dikenali di sebuah rumah di FELDA Sendayan, di sini.

Insiden dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 14 tahun memberitah­u mahu ke majlis jamuan di rumah seorang rakan lelaki di Mambau, di sini, jam 2 petang, 23 Julai lalu.

Sumber berkata, bagaimanap­un, mangsa tidak pulang ke rumah menyebabka­n bapanya berusia 47 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.

“Pada jam 2 petang keesokan hari, bapanya terkejut apabila melihat anaknya pulang ke rumah.

“Selepas disoal siasat, mangsa memaklumka­n dia ke rumah kenalan lelaki yang baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.

“Bagaimanap­un, mangsa memberitah­u, lelaki terbabit kemudian membawanya ke sebuah rumah kenalan di tanah rancangan terbabit lalu merogolnya,” katanya.

Katanya, bukan itu saja malah beberapa rakan kepada lelaki terbabit turut ‘tumpang sekaki’ melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Mambau, di sini, jam 5.30 petang sebelum membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk pemeriksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia