Harian Metro

CINTA TANPA ANGKAT SENJATA

-

Menabur bakti dan jasa terhadap nusa bukan saja dengan memegang senjata dan melawan musuh, tetapi banyak cara lain yang boleh digunakan untuk membuktika­n kecintaan terhadap negara.

Perkara itu sentiasa ditekankan Mejar (B) Jaharudin Md Marjuni,

59, dan isterinya Junaidah Abdullah, 53, terhadap empat anaknya dan mahu darah satria sebagai seorang anggota tentera yang mengalir di dalam tubuh badannya diwarisi salah seorang daripada empat anaknya.

Bagaimanap­un, citacitany­a untuk melihat anaknya mewarisi kariernya itu dalam mempertaha­nkan kedaulatan Malaysia tidak kesampaian apabila tiada seorang pun anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi anggota tentera.

Namun perkataan yang sering keluar daripada mulutnya kepada keempatemp­at anaknya ialah berbaktila­h kepada negara dengan cara sendiri sekiranya tidak mampu mengikut jejak menjadi seorang tentera.

Kini, dia boleh berbangga apabila anak sulungnya, Mohd Azrul Emirul, 32, berjaya menjadi doktor di Hospital Serdang dan mampu menabur bakti kepada masyarakat dan negara dalam bidang kesihatan.

Anak keduanya, Mohd Zulhaikal, 27, pula menjadi jurutera di sebuah syarikat swasta di Klang; anak ketiga Muhammad Fariq Izwan, 24, membantuny­a dalam perniagaan dan yang bongsu Nurul Atiqa Nabila, 22, sedang belajar ijazah kejurutera­an elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Selama 30 tahun menjadi tentera bermula sebagai tentera darat sebelum bertukar ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jaharudin berkata, dia tidak

 ??  ??
 ??  ?? JAHARUDIN bersama isteri dan anak-anaknya.
JAHARUDIN bersama isteri dan anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia