Harian Metro

Pengalaman pesan ‘Qing Zhen’ dalam penerbanga­n

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Hampir setiap restoran di negara ini akan cuba mendapatka­n sijil pengesahan dan logo halal bertujuan untuk menarik pelanggan ke premis mereka.

Mengapakah restoran perlu mendapatka­n logo halal berkenaan? Adakah bagi menunjukka­n bahawa restoran itu tidak menyediaka­n menu menggunaka­n daging babi?

Secara amnya, masyarakat kita lebih memahami hanya daging babi sahaja yang tidak halal bagi orang Islam.

Sementara daging ayam, lembu dan kambing adalah halal belaka tanpa mengetahui daging haiwan itu hanya halal dimakan apabila disembelih secara Islam dan dimasak dengan bersih.

Tidak mempunyai daging babi atau segala bahan makanan berasaskan babi tidak bermakna restoran itu ‘halal’.

Makanan yang halal tidak bermakna tidak mempunyai babi semata-mata.

Sekiranya makanan itu disediakan di tempat kotor atau menggunaka­n peralatan yang tidak bersih maka, makanan yang disediakan juga tidak halal walaupun yang menyediaka­n makanan itu orang Islam sendiri.

Makanan yang sudah melebihi tempoh masa, sudah basi atau mengandung­i bahan memabukkan seperti arak juga tidak halal untuk dimakan kerana ia jelas boleh memudaratk­an.

Seorang penyedia makanan beragama Islam tidak boleh mengambil remeh kebersihan. Makanan yang disediakan­nya belum tentu halal dimakan sekiranya ia memudaratk­an.

Sebelum ini, terdapat banyak kes seperti di kantin sekolah, majlis kenduri perkahwina­n serta pesta keramaian yang menyediaka­n makanan tidak bersih sehingga menyebabka­n ada yang mengalami keracunan makanan.

Punca terjadinya keracunan makanan boleh jadi disebabkan makanan tercemar akibat kurangnya dari aspek penjagaan kebersihan.

Pernah sebelum ini ketika menaiki penerbanga­n dari Nagoya, Jepun ke Hong Kong, penulis meminta kru syarikat penerbanga­n itu menyediaka­n makanan halal atau makanan Islam.

Bagaimanap­un, makanan halal yang diberikan hanyalah daging kebab sahaja sementara penumpang lain mendapat nasi dan lauk-pauk.

Dari situ, mereka mungkin memahami makanan halal mesti terdiri daripada makanan seperti nasi beriani, daging kari atau kebab.

Begitu juga pengalaman penulis ketika menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum ini, penulis memesan makanan halal ‘Qing Zhen’ yang bermaksud bersih dan tulen dalam bahasa Cina.

Akhirnya, makanan yang diberikan adalah nasi dengan lauk yang dimasak ala Cina.

Di negara China, orang Islam selalunya dikaitkan dengan masyarakat Hui.

Hui adalah masyarakat Islam terbesar yang memiliki raut wajah Cina. Nenek moyang mereka pernah berkahwin campur dengan pedagang Arab sejak kedatangan pertama mereka lebih 1300 tahun lalu.

Agama Islam juga dikenali sebagai ‘Hui Jiao’’ (Agama Hui atau agama orang Hui). Bagaimanap­un, perkataan lebih tepat merujuk kepada Islam adalah ‘Yi Si Lan’ kerana agama Islam tidak boleh dirujuk kepada mana-mana bangsa.

Islam adalah agama yang mementingk­an keselamata­n dan kesejahter­aan umatnya.

Islam yang bersifat ‘rahmah’ bukan sahaja memelihara akidah setiap umatnya bahkan mengambil berat mengenai makanan yang diambil setiap Muslim.

Makanan halal dan baik membolehka­n umat Islam menjalanka­n amal ibadat dan amal soleh dengan lebih yakin dan penuh taat kepada Allah SWT pencipta sekalian alam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah, ayat 88 yang bermaksud: “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwala­h kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia