Harian Metro

‘Kerajaan tidak masuk campur’

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

“Buat masa ini, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan itu,” kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berhubung isu pembayaran antara syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dengan firma pelaburan Abu

Dhabi, Internatio­nal Petroleum

Investment Company (IPIC). Menurutnya, sebarang penyelesai­an berkaitan urusan pembayaran itu wajar diuruskan ahli lembaga pengarah 1MDB bersama pihak IPIC.

“Ini hal syarikat, jika mereka mampu bayar, kita tunggu saja mereka bayar .... hal syarikat biar syarikat uruskan, biar ahli lembaga pengarah uruskan, bila sampai peringkat syarikat ini tidak dapat uruskan, kita bincangkan mengenainy­a nanti.

“Kita tidak bantu orang jika orang itu tidak datang kepada kita dan setakat ini... mereka tidak datang ke Kementeria­n Kewangan, jadi kita tidak akan masuk campur dalam perkara ini buat masa ini,” katanya ketika ditemui media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Mengurus Kos Membuat Perniagaan, di sini, semalam.

Kelmarin, 1MDB dilaporkan gagal membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC sebagaiman­a dipersetuj­ui dalam perjanjian penyelesai­an mereka pada April lalu.

Difahamkan, 1MDB tidak dapat memenuhi obligasi pembayaran­nya kerana dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai ditangguhk­an hingga Ogos.

Selain itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London kelmarin, IPIC berkata, 1MDB dan Kementeria­n Kewangan Diperbadan­kan (MOF Inc) mempunyai lima hari untuk menyelesai­kan kegagalan pembayaran itu.

Johari berkata, komitmen kerajaan buat masa ini sangat mudah iaitu memastikan negara terus maju dan ekonominya berkembang dengan baik.

“Kami akan pastikan ekonomi negara diutamakan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Johari berkata, satu sesi dialog khas akan dianjurkan bersama Bank Negara Malaysia (BNM); persatuan majikan dan industri; Kementeria­n Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mencari satu pendekatan holistik mengatasi isu pengambila­n pekerja asing di negara ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak aduan daripada industri mengenai kesukaran mendapatka­n pekerja asing dan isu lain berkaitan.

“Kami bersetuju untuk mencari satu pendekatan holistik mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Biar ahli lembaga pengarah uruskan

Johari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia