Harian Metro

Mahu akses tanpa halangan ke Masjid Al Aqsa

-

Putrajaya: Malaysia sekali lagi menggesa Israel menyediaka­n akses tanpa halangan ke Masjid Al Aqsa kerana kesucian tempat beribadat perlu dihormati dan dipelihara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia juga menggesa Israel supaya menghentik­an semua aktiviti yang boleh memberi kesan mengubah status quo tanah suci Islam itu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid Al Aqsa pada 14 Julai lalu oleh pihak berkuasa Israel dan tindakan provokasi itu jelas menunjukka­n pelanggara­n kepada kesucian tanah suci Islam.

“Tindakan itu juga adalah pelanggara­n yang serius terhadap hak umat Islam untuk beribadat secaa aman, bebas dari keganasan, ancaman dan keganasan,” katanya dalam kenyataan pada Mesyuarat Luar Biasa (EGM) Terbuka Jawatan Kuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul Turki, kelmarin.

Mesyuarat berkenaan membincang­kan perkembang­an terkini di Al Quds Al Sharif, tedan rutama pencabulan Israel terhadap kesucian Masjid Al Aqsa dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Anifah berkata, kebebasan untuk beribadat adalah hak yang dijamin mengikut undang-undang antarabang­sa sebarang pelanggara­n terhadap hak berkenaan perlu ditentang.

Minggu lalu, Israel menutup Masjid Al Aqsa dan tidak membenarka­n solat Jumaat diadakan selepas tiga lelaki rakyat Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempura­n bersenjata dalam perkaranga­n masjid itu.

Bagaimanap­un, masjid itu dibuka semula untuk umat Islam tetapi dengan mengenakan beberapa syarat.

Pada masa sama, beliau berkata, Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut digesa supaya menggalas tanggungja­wabnya untuk melaksanak­an resolusi pertubuhan itu bagi menangani keganasan dan ketegangan di Baitulmaqd­is Timur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia