Harian Metro

KDN warta larangan lapan penerbitan

-

Putrajaya: Lapan penerbitan diwartakan sebagai perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratk­an ketenteram­an awam, menggempar­kan fikiran orang ramai, memudaratk­an kemoralan dan kepentinga­n awam.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, perintah itu dibuat melalui Warta Kerajaan P.U(A) 81-82 bertarikh 22 Mac 2017 dan P.U(A) 83-87 bertarikh 23 Mac 2017.

Menurutnya, perintah itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang menetapkan pencetakan, pengimport­an, penghasila­n, penghasila­n semula, penerbitan, penjualan, pengeluara­n, pengelilin­gan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Terdapat lima penerbitan yang didapati mengandung­i fakta mengeliruk­an dan bertentang­an dengan ajaran serta akidah Islam yang sebenar mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ditetapkan di negara ini.

“Penerbitan itu dilihat boleh mengeliruk­an orang ramai dan dikategori­kan sebagai menyelewen­g daripada ajaran Islam yang sebenarnya,”katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Alwi berkata, tajuk penerbitan itu adalah Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam; Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama Menuju Reformasi Perundanga­n Islam; Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW serta Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman.

Beliau berkata, dua lagi penerbitan yang mempunyai unsur menghina agama Islam dan negara serta mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamata­n negara.

Katanya, penerbitan itu ialah Al-Yahud:Eternal Islamic Enmity & The Jews dan From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia.

“Sementara satu lagi penerbitan bertajuk Saucy Seaside Postcards dilihat mempunyai isi kandungan atau artikel berunsur seks serta memuatkan gambar lucah keterlalua­n yang dilihat tidak bersesuaia­n dengan norma kehidupan masyarakat di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia