Harian Metro

Rumah kandang lembu

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

 Tukang rumah tak mampu bayar sewa ubah suai tempat ternakan

Tidak mampu membayar sewa rumah, seorang tukang rumah mengubah suai kandang lembu untuk dijadikan pondok bagi membolehka­nnya dan isteri berteduh.

Ahmad Salleh, 59, dari Kampung Alur Saji, Bukit Kenak, dekat sini, bersama isterinya, Rosliza Jusoh, 49, tinggal di pondok berkenaan selepas siap sebulan lalu kerana tidak mempunyai kediaman sendiri.

Menurutnya, dia terpaksa mengubah suai kandang lembu berkenaan untuk dijadikan kediaman kerana sudah lama tinggal di rumah sewa, selain tidak mampu membayar sewa setiap bulan.

Pondok yang dibina sebulan lalu berukuran enam meter panjang dan 4.5 meter lebar sudah cukup dijadikan tempat dia dan isterinya berteduh.

“Saya cuma hadapi masalah bekalan air kerana kami terpaksa guna air perigi yang digali di tepi pondok untuk mandi dan memasak.

“Berikutan ketiadaan bekalan elektrik, kami hanya menggunaka­n lilin pada waktu malam,” katanya.

Ahmad berkata, walaupun dia seorang tukang rumah, agak sukar untuk membina rumah yang lebih sempurna kerana tidak mempunyai sumber wang mencukupi.

Pondok diubah suai atas tanah miliknya sendiri itu membabitka­n kos RM2,500.

“Saya sudah bosan tinggal di rumah sewa sejak berpuluh tahun lalu dan terpaksa membina pondok sendiri kerana tidak mampu membayar sewa setiap bulan.

“Disebabkan tidak mahu menyewa lagi, saya menggunaka­n simpanan yang ada untuk membina pondok ini selain sebahagian strukturny­a diperbuat daripada barangan terpakai dan hasil sumbangan jiran.

“Kami tidak menafikan turut menerima bantuan Dana Raya kerajaan negeri untuk menyambut Aidilfitri lalu dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada Kerajaan Pusat, semuanya digunakan untuk pembinaan pondok kediaman ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (J3K) Alur Saji Fauzi Mohamad berkata, pihaknya sudah maklum mengenai keadaan yang dihadapi Ahmad dan isterinya itu.

Menurutnya, pihaknya sudah mengambil tindakan untuk membantuny­a dengan memohon pembinaan rumah kekal daripada kerajaan negeri bagi membantu menyelesai­kan masalah dihadapi pasangan terbabit.

 ??  ?? AHMAD dan Rosliza menunjukka­n pondok mereka.
AHMAD dan Rosliza menunjukka­n pondok mereka.
 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia