Harian Metro

‘Mereka boleh dibuang kerja’

-

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan kes ini.

“Kami mula siasatan dalaman dan pada masa sama kami serahkan kepada polis untuk siasatan selanjutny­a.

“Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal, kita tunggu dulu hasil siasatan polis. Yang pasti, saya tegaskan kita tidak berkomprom­i dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam kalangan pegawai JKDM,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan) JKDM Datuk Mohd Pudzi Man berkata, pihaknya menyerahka­n sepenuhnya siasatan kepada PDRM susulan penahanan enam pegawai kastam terbabit.

Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi jabatan itu tidak berkomprom­i dengan mana-mana pegawai dan kakitangan­nya yang tidak amanah.

“Dalam kes ini, kita serahkan sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi menyempurn­akan siasatan mereka sebaik-baiknya.

“Malah, kita juga sentiasa memberikan sokongan padu kepada polis,” katanya pada satu sidang media berasingan, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan enam pegawai JKDM yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kerana disyaki terbabit dengan Geng 360 Devan, kelmarin dan semalam.

Difahamkan semua suspek ditahan dalam beberapa siri tangkapan di lokasi berbeza sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Memetik sumber, semua suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah untuk geng itu.

Semua suspek direman 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

 JKDM mula siasatan dalaman kes enam pegawai bersubahat Geng 360 Devan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia