Harian Metro

Sembilan kakitangan PTG ditahan

- Hayati Ibrahim dan Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung isu bauksit di negeri itu, semalam.

Menurut sumber, pada tangkapan pertama, SPRM menahan pegawai JKDM berusia 56 tahun itu di sebuah lokasi di Kuantan, jam 12.15 tengah malam dan dia kini direman tujuh hari bermula semalam.

Katanya, perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n di Mahkamah Majistret Kuantan.

“Sembilan lagi kakitangan PTG berusia 29 tahun hingga 59 tahun ditahan di sekitar Kuantan, antara jam 3.30 petang hingga 3.45 petang semalam.

“SPRM turut menyerbu pejabat PTG Pahang, JKDM serta Pelabuhan Kuantan bagi merampas dokumen berkaitan,” katanya.

Menurut sumber, SPRM turut menahan 18 lori yang mengangkut bauksit dari lombong haram di sekitar Bukit Goh dan Bukit Sagu, tengah malam, kelmarin.

“Operasi dijalankan susulan SPRM mendapati aktiviti perlombong­an haram masih berlaku walaupun kerajaan negeri mengarahka­n supaya tempoh moratarium dilanjutka­n,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan.

“Kami memantau kegiatan sindiket terbabit sejak beberapa bulan lalu. Selepas mengumpul maklumat selain hasil risikan, kami melancarka­n operasi itu bermula malam semalam (kelmarin),” katanya.

Enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan polis kerana disyaki terbabit Geng 360 Devan boleh dibuang kerja jika terbukti bersalah.

Ketua Pengarah Datuk T Subromania­m berkata, pihaknya memulakan siasatan dalaman dan tindakan tegas boleh diambil terhadap mereka selaras dasar jabatan yang ketat terhadap sebarang kes salah laku dan rasuah.

 ??  ?? AHMAD Khusairi
AHMAD Khusairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia