Harian Metro

Tandas berwarna ceria dapat pujian

-

Chukai: Dicat dengan warna ceria, tandas awam di kawasan tapak pasar tani dan pasar minggu di Taman Bandar Chukai bersebelah­an Padang Astaka, di sini, mendapat pujian orang ramai selain tahap kebersihan­nya yang terjaga.

Tandas yang dicat dengan warna merah dan biru di depannya, hijau di bahagian lelaki dan kuning untuk wanita di sebelah kanannya menjadikan­nya amat menarik, tidak seperti tandas awam lain.

Pelajar Kolej Vokasional Kemaman Muhammad Nabil Hakim Ab Mubin, 16, berkata, keceriaan yang ditampilka­n di tandas awam itu amat menarik dan sekali pandang seolah-olah ia bukan sebuah tandas.

“Pada mulanya saya sangka ia kiosk makanan segera atau tempat kutipan hasil Majlis Perbandara­n Kemaman (MPK), tetapi selepas didekati barulah perasan ia adalah tandas awam.

“Reka bentuk premis berkenaan juga agak berlainan berbanding tandas awam yang pernah digunakan sebelum ini dan paling penting tahap kebersihan­nya juga amat terjaga.

“Perbezaan cat antara tandas untuk kegunaan lelaki dan wanita yang menarik juga lebih memudahkan orang ramai untuk menggunaka­n tandas terbabit,” katanya.

Dia difahamkan sudah dua tahun tandas itu beroperasi untuk memberi kemudahan di kawasan berkenaan, tetapi ia baru lagi ia diceriakan dengan warna baru.

Sementara itu, jurucakap MPK berkata, tandas awam berkenaan sudah mula digunakan sejak dua tahun lalu dan di bina di kawasan itu bagi kemudahan orang ramai kerana di sekitar juga turut dijadikan tapak Pekan Budaya Daerah Kemaman.

Menurutnya, MPK baru mengecat tandas berkenaan untuk menceriaka­n lagi serta memberi keselesaan kepada orang ramai menggunaka­nnya.

 ??  ?? TANDAS awam Taman Bandar Chukai yang dicat
dengan warna ceria.
TANDAS awam Taman Bandar Chukai yang dicat dengan warna ceria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia