Harian Metro

‘Saya tak mampu’

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

FAKTA  Warga emas harap DBKL benar tinggal di PPR Kerinchi selepas rumah baru dipajak pemaju

Penduduk PPR Kerinchi menerima arahan supaya mengosongk­an rumah Ogos ini

“Bukan tak nak pindah tapi tak mampu tinggal di rumah baru di Residensi Kerinchi,” kata Shahifah Puteh Yusof, 79.

Demikian rayuan warga emas itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk terus dibenarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, selepas rumah lamanya yang dibangunka­n pemaju sebagai pangsapuri mewah pada 2010 sedia untuk diduduki. Apa yang membimbang­kannya ketika ini adalah apabila dia dan keluargany­a diarah mengosongk­an rumah PPR Kerinchi yang dihuni sejak enam tahun lalu. Menurutnya, sukar untuk mereka sekeluarga berpindah ke Residensi Kerinchi disebabkan tidak mampu menanggung kos yang pastinya sangat tinggi.

“Dengan pendapatan pencen arwah suami sebanyak RM300 sebulan dan usia saya yang sudah lanjut, pasti saya tidak mampu untuk membayar bil seperti kos penyelengg­araan walaupun kepada JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Kami akan mengemukak­an kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk proses seterusnya,” katanya. selepas dua tahun.

“Kami menerima arahan supaya mengosongk­an rumah PPR pada Ogos ini juga tetapi kediaman di Residensi Kerinchi pula sudah dipajakkan kepada pemaju untuk disewakan kepada orang lain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, mereka seolah-olah dipermaink­an dan banyak isu yang timbul. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat untuk rujukan pihak berkuasa.

“Kami harap pihak berkuasa ambil perhatian terhadap nasib kami dan ramai lagi penduduk yang turut berdepan masalah sama,” katanya.

 ??  ?? SHAHIFAH menunjukka­n laporan polis dan permohonan yang dihantar kepada DBKL.
SHAHIFAH menunjukka­n laporan polis dan permohonan yang dihantar kepada DBKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia