Harian Metro

Daftar ‘rakyat hantu’

-

 Pemegang kad UNHCR diminta segera dapat MyRC melalui program POC

sehingga hari ini (semalam), 321 pelarian yang memiliki kad berkenaan didaftarka­n.

“Selepas selesai pendaftara­n pada program POC, mereka dibekalkan dengan kad identiti khas MyRC yang memiliki 21 aspek keselamata­n bagi mengatasi masalah kad UNHCR palsu yang boleh digunakan untuk tujuan jenayah rentas sempadan dan keganasan,” katanya selepas melawat Pusat Pendaftara­n Pelarian (Pusat TRIS), semalam.

Katanya, dengan pelaksanaa­n program POC secara percuma, pemegang kad UNHCR boleh tampil berdaftar secara sukarela di pusat TRIS yang terletak di Avenue 5, Bangsar South.

Menurutnya, melalui POC, pangkalan data khusus berasaskan data biometrik untuk merekodkan pemohon suaka politik di negara ini, terutama yang memegang kad UNHCR dapat diwujudkan.

“Selain tujuan dokumentas­i, pengenalan diri biometrik ini memudahkan urusan pemeriksaa­n dan penguatkua­saan pihak berkuasa negara ini terutama bagi mengelak penggunaan kad UNHCR palsu. “Berdasarka­n rekod UNHCR, pemohon suaka politik dikatakan berjumlah 150,000 orang dan mereka yang datang untuk mendapatka­n suaka politik biasanya mengambil masa bertahun untuk diberikan kad UNHCR menyebabka­n status mereka di negara ini seolah-olah ‘hantu’ kerana kerajaan tidak dapat mengenal pasti status mereka,” katanya.

Menurutnya, kebimbanga­n timbul kerana pengenalan diri untuk pelarian dibuat UNHCR tanpa apa-apa pembabitan daripada Jabatan Imigresen Malaysia atau agensi berkaitan di negara ini.

“Lebih membimbang­kan, jumlah mereka ramai dan semakin bertambah saban tahun. Justeru, kita ambil inisiatif wujudkan pengenalan diri dalam bentuk digital yang mengandung­i rekod biometrik seperti cap jari, wajah dan anak mata.

“Rekod biometrik ini akan kita kumpul untuk wujudkan pangkalan data bagi memudahkan urusan pemeriksaa­n dilakukan pihak berkuasa terutama dalam mengenal pasti status kesahihan pemegang suaka politik,” katanya.

 ??  ?? NUR Jazlan menunjukka­n kad identiti khas MyRC.
NUR Jazlan menunjukka­n kad identiti khas MyRC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia